Abtaha Maqsood merupakan wanita Islam berhijab pertama di England yang menjadi atlet kriket antarabangsa. Kisahnya mencetuskan inspirasi sehingga muncul dalam sebuah siri televisyen kanak-kanak BBC membaca buku tentang hijab dalam Islam.


Dalam siri itu, Abtaha Maqsood membaca cerita bertajuk “Not Now, Noor!” ditulis oleh Farhana Islam dan Nabila Adani bagi episod CBeebies Bedtime Stories.
Aksinya membaca cerita tentang hijab disiarkan di BBC.


Kisah yang dibaca oleh Abtaha Maqsood ialah tentang seorang gadis muda bernama Noor yang tertanya-tanya mengapa wanita dalam keluarganya memakai tudung.
“Ini menunjukkan mengapa hijab sangat penting bagi kebanyakan wanita Islam,” kata Maqsood.
Menurut atlet kriket ini, hijab adalah tentang kesopanan dan identiti yang jelas sebagai seorang Muslim. Dia juga bangga menjadi seorang Muslim.
“Ini adalah mesej yang sangat baik dan manis untuk kanak-kanak,” katanya.


Sebab dia memilih cerita itu, Maqsood memberitahu The Mirror bahawa ia adalah cara mudah dan jujur untuk memberi gambaran sebenar cara memakai tudung dan maknanya kepada wanita Islam di luar sana. Cerita yang dibaca itu dapat menjawab persoalan kanak-kanak di samping sebagai hiburan.
Menurut Abtaha Maqsood lagi, kisah yang dibacanya menggambarkan pengalamannya sendiri dalam Islam. Dia memakai tudung sejak usia muda dan menjadi hijabi pertama bertanding dalam kejohanan kriket The Hundred pada 2021.


Dia juga wanita pertama berketurunan Pakistan bermain kriket antarabangsa untuk Scotland.
“Ia adalah satu pemikiran untuk memakai tudung untuk bermain kriket. Ia bukan penghalang dan saya akan terus melakukannya,” ungkap Abtaha Maqsood.
“Bertudung ketika bermain kriket di stadium besar seperti Edgbaston merupakan satu mesej penting kepada orang ramai bahawa tidak kira apa yang anda pakai, bagaimana rupanya, anda masih boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan. Sekaligus merealisasikan impian anda,” sambungnya.


BACA JUGA: Digelar ‘Megatron’ MEGAWATI HANGESTRI Atlet Bola Tampar Berhijab Pertama Beraksi Di Liga Korea
BACA JUGA: KULSOOM ABDULLAH Atlet Angkat Berat Berhijab Pertama Dalam Sejarah Dunia




Jelas wanita berusia 24 tahun ini, dahulunya dia tidak ada role model wanita bertudung yang bermain sukan profesional di peringkat antarabangsa.
Justeru, kini dia berazam untuk menjadi role model kepada wanita-wanita di luar sana.


“Saya ingin memberi inspirasi kepada orang lain bahawa apa sahaja boleh dilakukan. Anda boleh menjadi Muslim dan menjadi pemain kriket, atau pemain bola sepak, atau apa sahaja,” kata Abtaha Maqsood.
Pada masa ini Abtaha Maqsood merupakan atlet kriket untuk pasukan Birmingham Phoenix, England. Kelab tempat dia bermain mencipta tudung sukan khas buat Abtaha Maqsood untuk keselesaannya ketika perlawanan.
Download seeNI sekarang!


Selebriti hijabi kelahiran Indonesia, Rahmalia Aufa Yazid berjaya menarik perhatian pencinta fesyen dengan gayanya yang tersendiri.


Aufa yang dibesarkan di Tokyo ini merupakan seorang Muslim sejak kecil. Hanya pada usianya 18 tahun, Aufa memutuskan untuk bertudung.




Pada mulanya, Aufa berasa tidak yakin dengan penampilannya kerana hanya dia seorang yang bertudung di sekolah.
Gaya Aufa yang hanya mengenakan tudung dan pakaian ringkas jauh berbeza dengan trend fesyen popular di Jepun ketika itu.


Suatu hari, Aufa berpeluang bertemu Hana Tajima pereka fesyen yang telah membawanya keluar dari rasa kurang yakinnya itu.


Hana Tajima telah memberi inspirasi gaya buat Aufa di mana dia perlu menggabungkan pakaiannya dengan elemen dan fesyen Muslimah yang sedang menjadi trending di Tokyo ketika itu.


Aufa akhirnya berjaya buktikan, seorang Muslimah boleh menjalani kehidupan normal dan bergaya tanpa perlu berasa asing walaupun golongan Muslim adalah minoriti di Jepun.
Penampilan Aufa kian menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi gaya tudungnya yang ala Jepun dan digunakan setiap hari. Ia turut menjadi inspirasi di kalangan hijabi.
Memetik dari Instagram @aufatokyo, berikut adalah gaya pakaian Jepun ala Aufa Tokyo yang boleh dijadikan inspirasi buat para hijabi.
- Keunikan Gaya Pashmina Jadi Identiti Gaya
2. Gabungan Tudung & Topi Menambahkan Kesan ‘Swag’
3. Gaya Smart Casual, Dipadankan Dengan Item Fesyen Yang Chic!
4. Gaya Ringkas Dengan Padanan Kemeja & Seluar ‘Oversize’
5. ‘Street Style’ Ala Aufa! Paduan Jeans Oversize & Waist Bag
6. Gaya Vintaj Aufa Yang Menarik!
BACA JUGA: Tetap Sopan Walau Berfesyen PUTRI ARIANI Kongsi Suai Padan Outfit & Gaya Hijab
Download seeNI sekarang!


Berita mengenai seorang influencer yang dikatakan meninggi suara terhadap seorang warga emas di sebuah pusat gelandangan masih hangat diperkatakan hingga ke harini.
Bagaikan ada suatu hikmah tersembunyi buat warga emas itu, ramai yang saban hari datang ke pusat gelandangan tersebut bagi bertemu dengannya dan menunjukkan keprihatinan mereka terhadap pak cik yang berusia 64 tahun itu.
Berpeluang bertemu dengan warga emas tersebut, pelakon Puteri Sarah Liyana tidak dapat menahan sebak apabila membayangkan keadaan pak cik tersebut.
Luah Sarah di laman instagramnya…
Takpe pakcik. Ramai yang sayang pakcik dan hargai pakcik serta mendoakan pakcik. Rakyat malaysia memang marah dengan tindakan influencer tu!! Tindakan itu sgt biadap !
Alhamdulillah syukur berkesempatan jumpa pakcik ni. Pakcik ni memang malu sangat dengan apa yg berlaku. Sempat dia meluahkan perasaan tadi… 😢64 years old guys ! Imagine parents kita yang kena sound mcmtu ? Mashallah…
Walau sekaya mana kita, sehebat mana kita… janganlah kita kurang ajar dengan orang tua… ingat kita bukannya selalu diatas nanti kita akan dibawah juga..
Download seeNI sekarang!

