Asia Championship 2025 tampil kelainan

Asia Championship 2025 tampil kelainan


Kejohanan Asia Championship 2025 membuka tirainya pada 18 Oktober ini tampil dengan kelainan tersendiri apabila menyaksikan penglibatan artis, pempengaruh dan atlet tanah air.

KEJOHANAN tinju Asia Championship 2025 yang bakal membuka tirainya pada 18 Oktober ini tampil dengan kelainan tersendiri apabila menyaksikan penglibatan artis, pempengaruh dan atlet tanah air dalam satu pentas yang menggabungkan dunia kesukanan dan digital.

Menurut penganjur kejohanan, Datuk Abd Rahman Soltan, penganjuran edisi kali ini juga bukan sekadar menyaksikan pertembungan peninju semata-mata sebaliknya membawa pendekatan baharu dengan menyatukan elemen sukan dan media sosial.

“Asia Championship bukan sekadar satu pertembungan para peninju, tetapi satu pentas moden yang menyatukan semangat kesukanan dengan dunia digital.

“Kami mahu wujudkan satu budaya baharu di mana sukan bukan sahaja disaksikan, tetapi turut dikongsi, diikuti dan diraikan dalam alam media sosial,” katanya.

Beliau berkata, seramai 16 anak muda tempatan telah disahkan menyertai kejohanan itu dalam dua kategori berbeza dan pihak penganjur ketika ini sedang dalam perbincangan untuk menambah kategori serta membuka peluang kepada lebih ramai peserta.

“Permohonan masih dibuka. Ini bukan semata-mata untuk cari siapa paling kuat, tetapi untuk membangunkan semangat sukan dan disiplin dalam kalangan anak muda kita,” katanya.

Asia Championship 2025 dijangka menjadi satu platform baharu yang mampu mengangkat sukan tempur ke tahap lebih tinggi, bukan sahaja dari sudut prestasi di gelanggang tetapi juga dari segi keterlibatan komuniti, kandungan digital dan pengaruh sosial yang meluas.



Source link

OR

Scroll to Top