Asrama MRSM Kota Putra terbakar, pelajar selamat

Asrama MRSM Kota Putra terbakar, pelajar selamat



am@hmetro.com.my

Besut: Empat bilik asrama Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra di sini, terbakar malam tadi.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dan semua mangsa berjaya keluar daripada bangunan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 10.44 malam membabitkan empat bilik asrama di tingkat satu.

Katanya, pasukan 20 pegawai dan anggota dengan dua jentera daripada BBP Besut dan Jertih digerakkan ke lokasi.

“Bangunan asrama dihuni 58 pelajar dan ketika kejadian, mereka berada di kawasan sekolah.

“Pihak sekolah menghubungi bomba apabila api semakin marak walaupun selepas mereka cuba memadamkan kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa hampir dua jam bagi mengawal kebakaran, seterusnya memadamkan api secara keseluruhan.

“Pasukan juga terpaksa memecahkan siling bangunan itu untuk memastikan kebakaran padam sepenuhnya, terutama bumbung,” katanya.

Katanya, punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top