Astro dan TVS bawakan selebriti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Marsha Milan serta ramai lagi ke Konsert MeleTOP TVS!
Bayangkan persembahan artis pujaan secara LIVE, muzik hiburan dan seni kebudayaan tanpa henti bakal berlangsung tak lama lagi. Ya, Konsert MeleTOP TVS yang disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan dipacu oleh UMobile, dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 17 Mei 2025 di Stadium Bandaraya Miri, Sarawak.
Bukan itu saja, sis! Konsert bersejarah ini juga menandakan kerjasama pertama antara TVS dan Astro serta merupakan debut sulung MeleTOP di Malaysia Timur, sekaligus menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan. Pastinya kehadiran hos MeleTOP iaitu si cantik manis, Hawa Rizwana dan Nabil Ahmad menggegarkan lagi pementasan konsert ini nanti.
Di antara barisan artis yang akan menghiburkan penonton adalah Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Stacy, Dolla, Floor 88, Namie, serta ramai lagi dengan menggabungkan budaya tradisional Borneo dan pop kontemporari. Misal kata terlepas konsert yang diadakan, sis di rumah juga boleh menonton siaran langsung menerusi TVS (saluran 122 di Astro), MYTV & Unifi TV), Astro ONE, dan Sooka.


Dua Konsert
Tidak terhenti di situ, keseronokan diteruskan pada 21 Mei 2025 dengan Konsert Berkat Gawai – Kaamatan. Acara bakal didahului oleh Ratu Rock Malaysia, Ella. Turut bersama beliau adalah Bob Yusof, Ramles Walter, Dabra Sia, Velvet Aduk, Roxy Ixzy, SMDX, dan Marina Jara dari Kalimantan.
Perayaan meriah Gawai dan Kaamatan bermula pada jam 7.30 malam, dengan siaran ulangan di TVS pada 31 Mei 2025 jam 9.00 malam untuk mereka yang tidak dapat hadir.
Senarai penuh artis untuk kedua-dua konsert diumumkan hari ini semasa sidang media yang dipengerusikan oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah; serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak (MYSED).




Astro dan TVS bawakan selebriti Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Nadeera, Marsha Milan serta ramai lagi ke Konsert MeleTOP TVS!
“Acara ini adalah dorongan besar untuk pemain industri kreatif tempatan kami,” ujar Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, sambil berkongsi kegembiraannya menyokong konsert-konsert berprofil tinggi ini.
“Jutaan tahniah buat TVS dan Astro kerana berganding bahu untuk membawakan sesuatu yang sangat istimewa ke Miri dan penonton di seluruh Malaysia. Konsert-konsert ini lebih daripada sekadar persembahan muzik yang hebat tapi ia juga akan membawa lebih ramai pengunjung dari seluruh Malaysia serta negara jiran seperti Brunei dan Kalimantan, sekaligus memberi dorongan ekonomi kepada perniagaan tempatan.”
Turut hadir dalam sidang media ini adalah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohamad Sardon Zainal dan Elyna Rahmat, Timbalan Naib Presiden di unit Unscripted Content Creation & Creation di GenNext Astro.
Tambah Sardon, “Kami mahu menyebarkan kegembiraan ini ke seluruh Sarawak. Miri, sebagai pintu masuk ke utara Sarawak, Brunei, dan Kalimantan adalah lokasi yang sempurna untuk sambutan ini.
Bahkan dengan sambutan ulang tahun ke-20 Miri yang hampir tiba, inilah masa yang paling sesuai untuk menganjurkan konsert-konsert ini. Kami sangat teruja untuk menawarkan hiburan percuma dan berkongsi pengalaman ini dengan semua!” kata Sardon lagi.
Elyna turut berkongsi keterujaan dengan menyatakan, “Kami bangga untuk menyatukan dua jenama hiburan utama pada malam yang tidak akan dilupakan.
Kami sangat teruja untuk berkolaborasi dengan TVS dalam Konsert MeleTOP TVS. Terima kasih yang tidak terhingga kepada MTCP, TVS, Majlis Bandaraya Miri serta rakyat Sabah dan Sarawak atas sokongan luar biasa mereka.
Muzik menyatukan kita semua dan konsert ini adalah contoh sempurna bagaimana kita meraikan perpaduan itu.”
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada konsert monumental ini di Miri! Dengan barisan bintang dan kemasukan percuma, pastinya ini menjadi acara yang tidak boleh dilepaskan.
Ayuh sertai kami untuk meraikan muzik, budaya, dan perpaduan pada Mei ini! Dapatkan tiket anda sekarang di tvsarawak.my/kejutan-tvs. Cepat, tiket adalah terhad.
Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/mahu-hidup-sihat-cergas-seperti-hawa-rizwana-hijabi-hanya-perlu-lakukan-satu-aktitiviti-ini/
Download seeNI sekarang!


Filem Dolittle pastinya tidak akan mengecewakan para peminat setia Robert Downey Jr. yang sangat sinonim dengan watak superhero terkenal iaitu Ironman. Melakonkan watak utama sebagai Dr. John Dolittle, filem ini mengisahkan tentang seorang doktor terkenal yang bertapa dan menyembunyikan diri di belakang Dolittle Manor selepas tujuh tahun kematian isterinya.
.
Mempunyai kebolehan berkomunikasi dengan haiwan, Dr. Dolittle terpaksa berlayar dan melalui pengembaraan epik ke pulau mitos bagi mencari penawar buat Ratu England yang sedang gering.
Tidak berlayar seorang diri, dia juga turut membawa ‘rakan-rakannya’ yang terdiri daripada pelbagai spesies haiwan untuk berlayar bersama. Namun, dia tidak sangka akan bertemu dengan makhluk yang luar biasa sepanjang pengembaraannya itu.
.
Walaupun mungkin pada awalnya penonton akan memikirkan hanya kanak-kanak sahaja yang akan terhibur tetapi sebenarnya tidak kerana rata-rata penonton yang terdiri daripada golongan dewasa juga turut menyukai filem ini kerana ia sarat dengan elemen yang melucukan.
Sis paling terhibur bila menyaksikan babak pergaduhan di antara Yoshi si beruang kutub yang dialih suara oleh John Cena dan juga Chee-Chee si gorilla (Rami Malek). Serius, comel sangat!
.
Ditayangkan di seluruh pawagam bermula hari ini, cepat-cepatlah dapatkan tiket filem Dolittle ini untuk menyaksikan sendiri sisi lucu Robert Downey Jr. yang tidak disangka-sangka. Oh lupa, Selena Gomez juga turut membuat kemunculan istimewa dalam filem ini tau!
.
Download seeNI sekarang!


Kewujudan kesan jerawat di wajah memang merunsingkan. Rasa nak tepek je bedak tebal-tebal di muka sebab malu bila orang perasan.
Ah, sekarang anda dah boleh buang semua perasaan itu sebab kini ada produk yang mampu pudarkan segala parut jerawat di wajah dalam masa 14 hari tau!
Digemari ramai, 95% pengguna mengakui kesan jerawat di wajah hilang dalam 14 hari lepas menggunakan Set Pemutih Premium Hada Labo.


Selain itu, masalah kulit kusam dan bintik hitam juga dapat dilenyapkan sekali. Bukan main-main tau, produk ini terbukti keberkesanannya melalui 150 kajian wanita di Malaysia.
Menariknya, set ini dilengkapi dengan tiga produk yang mengandungi ramuan Triple Brightening (Niacinamide, Alfa- Arbutin & Vitamin C) untuk memberikan tiga kali kuasa pencerahan. Ia juga tidak mengandungi sebarang minyak mineral, pewangi, alkohol, sumber haiwan dan pewarna di dalamnya.
Bagi mendapatkan kulit yang cantik berseri, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mencuci muka dengan menggunakan Premium Whitening Face Wash.
Ia mengandungi 3 jenis Hyaluronic Acid untuk hidrasi mendalam dan tidak akan mengeringkan kulit malah kulit akan terasa bersih dan lembut selepas menggunakannya.
Langkah kedua adalah dengan menggunakan Premium Whitening Lotion selepas mencuci muka. Produk ini boleh mengurangkan bintik hitam & parut jerawat di wajah dengan berkesan. Selain itu, ia boleh mengecilkan pori-pori, menghidrat dan mencerahkan kulit. Ia juga membantu penjagaan kulit seterusnya untuk menyerap dengan lebih baik.
Seterusnya, langkah ketiga ialah dengan mengaplikasikan Premium Whitening Water Gel di wajah. Anda pasti akan jatuh cinta dengan tekstur gelnya yang ringan, mudah diserap dan tidak melekit tetapi sangat berhidrat. Ia juga sangat sesuai digunakan sebelum anda memakai mask. Kulit pun akan jadi lebih cerah dan tona lebih sekata tau!
Tak susah pun sebenarnya nak dapatkan kulit yang bebas parut jerawatkan? Di samping itu, ada trik rahsia yang ingin dikongsikan. Rahsianya adalah anda juga boleh gunakan set ini sebelum bersolek bagi mendapatkan solekan yang lebih halus, tahan lama dan tidak bercapuk. Untungkan?
Jadi, apa tunggu lagi? Dapatkanlah rangkaian produk Set Pemutih Premium Hada Labo di gedung farmasi berhampiran anda. Misi untuk mendapatkan kulit cantik bermula sekarang!
Download seeNI sekarang!


Mahukah anda menjadi antara yang bertuah untuk menikmati makan malam yang indah di Omakase di Nobu, KL bersama selebriti seperti Ruhainies, Imran Aqil dan Amelia Henderson untuk 2 orang bernilai RM2,000?
Macam tak percayakan! Ada 30 pemenang kesemuanya, mungkinkah anda boleh jadi salah seorang daripadanya? Kalau anda nak menang, ayuh sertai sekarang melalui cara-cara di bawah ini:-
1.Beli mana-mana Hada Labo HA Supreme Booster Serum.
2.Pos video atau foto bersama produk dengan hashtag #HLBoostYourSkin dan tag @hadalabomalaysia di Instagram Story atau Shopee feed
3.Nyatakan kenapa anda menyukai produk ini.
- Pastikan anda setkan akaun Instagram kepada tetapan umum.
Layari Instagram Hada Labo dan Facebook Hada Labo untuk info yang lebih lanjut.
Klik link di bawah untuk mengetahui syarat-syarat penyertaannya.
http://bit.ly/HLBoostYourSkinTnC
All the best sister!
Sebelum nak menikmati makan malam bersama artis pujaan, pastinya anda nak persiapkan penampilan diri dan kulit wajah dengan sebaiknya bukan?
Sebenarnya, ramai yang idamkan kulit yang cantik tapi tak tahu bagaimana nak mulakannya. Meh sini sis nak bocorkan rahsia pada semua! Memperkenalkan set penghidratan Hada Labo, produk rejimen terbaik untuk kulit terhidrat lagi licin.
Hanya dengan tiga langkah mudah, anda akan dapat kulit yang sihat dan menawan. Tidak melekit di wajah, bahan kandungannya juga ringan dan mudah serta cepat diserap ke dalam kulit.
Selain itu, anda tidak akan alami lagi masalah ‘kemarau’ pada kulit apabila menggunakan Hada Labo kerana asid yang terkandung di dalamnya memberikan penghidratan maksima dan menguatkan barrier kulit untuk penghidratan yang berpanjangan.
Bukan hanya menghidrasi, produk Hada Labo ini juga mampu mengatasi masalah kulit lain seperti kulit kering, kusam, garis halus dan pori besar.
Ikuti 3 langkah mudah ini untuk dapatkan kulit berseri yang selalu diidamkan!
Langkah 1: Gunakan Hydrating Lotion selepas mencuci muka untuk mempercepat penyerapan produk seterusnya. Dengan 4 jenis Hyaluronic Acid, Ceramide dan Amino Acid, kulit dilengkapi dengan hidrasi menyeluruh dan memperkuat lapisan perlindungan kulit bagi kelembapan berpanjangan.
Langkah 2: Tingkatkan hidrasi mendalam dengan H.A Supreme Cera Booster. Teksturnya yang ringan senang untuk diserap kulit. Juga mengandungi 4 jenis Hyaluronic Acid untuk memberi kelembapan 24 jam dan merawat lapisan perlindungan kulit.
Langkah 3: Kuncikan segala kelembapan dengan menggunakan Hada Labo Hydrating Light Cream. Tekstur ringan memudahkan penyerapan terus masuk ke kulit wajah selepas diratakan di seluruh muka. Ia mengandungi kebaikan Hyaluronic Acid, Ekstrak Sakura dan minyak botanikal untuk kulit lembut berseri.
Anda boleh dapatkan rangkaian penjagaan kulit Hada Labo ini di farmasi terkemuka juga secara online di Shopee dan Lazada. Bolehlah beli sekarang!
Download seeNI sekarang!