Asyraf Wajdi terjebak! Dua malam tidur lewat tonton drama ‘Teach You A Lesson’

Asyraf Wajdi terjebak! Dua malam tidur lewat tonton drama ‘Teach You A Lesson’


Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi menyatakan dirinya turut ‘terjebak’ untuk menonton drama bersiri Korea Selatan ‘Teach You A Lesson’ apabila didapati jalan ceritanya mempunyai persamaan dengan pendekatan yang dilaksanakan MRSM bagi menangani isu buli.

Dah tonton sampai episod ke-3

Menerusi hantaran di media sosial, Asyraf memberitahu dirinya sudah dua malam masuk tidur agak lewat susulan menonton drama terbabit.

Ujarnya, beliau telah menonton tiga episod setakat ini selepas ada netizen yang menyamakan watak pengarah sekolah dalam drama berkenaan dengannya.

“Aduhai. Macam-macamlah netizen ni. Saya pun dah terjebak dengan drama TEACH YOU A LESSON ni.
Dua malam dah tidur lewat. Baru masuk episod ke-3,” ujarnya.

Ramai yang terjebak juga

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang sama berseloroh dengan menyatakan turut sama menonton drama berkenaan yang ditayangkan di platform berbayar itu.

Mereka juga memaklumkan banyak kemiripan watak dalam drama itu dengan Asyraf Wajdi sehingga menyarankan lebih ramai menontonnya.

Kisah buli di sekolah

Ramai kata watak banyak persamaan

 

Terdahulu, Asyraf memuat naik hantaran di Facebook dengan memberitahu watak utama drama itu, Na Hwa-jin yang merupakan bekas komando dan Pegawai Utama Biro Perlindungan Hak Pendidikan, mempunyai fungsi hampir sama dengan bekas anggota tentera yang ditempatkan sebagai warden sepenuh masa di MRSM.

Sumber: Facebook Asyraf Wajdi 





Source link

OR

Scroll to Top