Pelakon Datin Atikah Suhaime tampil memberi penjelasan berikutan ada netizen mempertikaikan tindakannya meraikan sambutan hari lahir anak sulung anaknya bersama anak-anak yatim.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Atikah berkata mereka yang hadir gembira mendepat jemputan ke majlis berkenaan.
BACA: Netizen Puji Atikah Suhaime Jemput Anak-Anak Yatim Rai Hari Lahir Mulan

“Tak pasti kenapa orang pertikaikan sambut dengan anak yatim. Saya fikir mereka semua akan gembira. Semua balik dengan hadiah, termasuk anak-anak tetamu saya.
“Mereka nampak bouncy castle, terus tak nak balik sampai pukul 10.30 malam. Cikgu kena pujuk mereka balik. Saya pun sempat bermain sama.
“Mulan suka berkawan. Abang-abang dan kakak-kakak ini semua sangat ramah dan suka melayan Mulan,” katanya.

Sementara itu, Atikah berkata kanak-kanak yang hadir tidak mempunyai pemikiran negatif seperti cemburu terhadap orang lain.
“Secara jujurnya, anak-anak ni semua diorang tak ada pemikiran negatif, ‘jealous tengok orang ada mak ayah’. Sebenarnya diorang sangat gembira kalau dapat jemput makan dekat luar, sambut hari jadi.
“Korang akan terkejut mereka sangat positif sebab hati mereka ini suci. Kalau korang dah biasa buat CSR, korang akan tahu,” katanya.

Dalam pada itu, Atikah berharap seandainya ada rezeki lebih boleh meraikan kegembiraan bersama anak-anak yatim.






