PASUKAN Hypermax Taekwondo sekali lagi mencatat sejarah membanggakan dalam Phuket Open Taekwondo Championship 2025 yang berlangsung di Phuket Sport City Thailand pada 31 Mei lalu.
Dalam kejohanan berkenaan, seramai 14 orang atlet cilik dan remaja daripada pasukan ini telah berjaya membawa pulang 12 pingat emas, 9 perak dan 8 gangsa.
Mereka terdiri daripada:
• Muhammad Rizqi Qaisy M Normazhan (SMK Taman Desa,Rawang)
• Dhia Insyirah Mohd Zulkarnain (SK Seri Kundang,Rawang)
• Nur Irdina Sofea Fadrul Nizam (SMK Taman Bunga Raya 1, Hulu Selangor.
• Muhammad Farish Naufal Farizil Farid (SMK Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor)
• Muhammad Fakhri Haziq Nor Anuar (SMK Bukit Sentosa 2, Hulu Selangor)
• Nur Ain Nabihah Noor Azman (SMK Bukit Sentosa 2, Hulu Selangor)
• Nawal Afrina Mohd Amir (SK Taman Desa 2, Rawang)
• Muhammad Syafiq Asyaf Mohd Nazeri (SK Taman Desa, Rawang)
• Adnan Firdaus Akmal Abdul Rahman (SK Taman Desa, Rawang)
• Adib Mustaqim Mohamad Akhiar (SK Taman Desa, Rawang)
• Ahmad Haris Danial Ahmad Nazri Ayu (SMK Bukit Sentosa, Hulu Selangor)
• Puteri Airin Fazneesya Jusoh (SMK Bukit Sentosa, Hulu Selangor)
• Muhammad Haziq Iskandar Mohd Nazeri (Sek Agama KAFA An Nur)
• Muhammad Qaed Aflah Mohammad Al Faiz (MRSM Felda Trolak).
Menurut Ketua Jurulatih 2 Hypermax Taekwondo, Coach Faiz Safry, kesemua atlet tersebut menyertai dua kategori iaitu Kyorugidan Poomsae.
Beliau berkata, kejayaan ini adalah hasil latihan berterusan, disiplin tinggi serta semangat juang yang luar biasa daripadapara atlet muda yang rata-ratanya berumur antara 7 hingga 17 tahun.
Coach Faiz turut dibantu oleh Coach Irdina Qhairunisa, Coach Mahadi Haris dan Coach Akmal Omar Sidek.
Katanya, persiapan latihan fizikal seawal jam 5 pagi dan latihan tambahan adalah kunci kejayaan pasukan Hypermax.
“Hypermax bukan sekadar melatih taekwondo, kami melahirkan juara dengan semangat patriotik dan jiwa berani.
“Setiap anak-anak ini bukan saja mewakili akademi, tapimereka membawa nama Malaysia di dada,” katanya.
Beliau berkata, ibu bapa juga sanggup hadir bersama-sama memberi sokongan kepada anak-anak mereka.
Hypermax Taekwondo yang berpusat di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka telah berjaya membuktikan bahawa pasukan tempatan juga mampu bersaing di peringkat antarabangsa.
Kejayaan ini menyuntik inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa bakat tempatan, jika diberi peluang dan latihan yang betul, mampu menggegarkan dunia sukan taekwando.
Pasukan ini merancang untuk menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa sepanjang tahun ini sebagai persediaan ke pentas lebih besar.
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama Hypermax Taekwondo, tetapi juga menunjukkan betapa pentingnya sokongan komuniti dan dedikasi dalam mencapai kejayaan dalam arena sukan.