Atletico Madrid bawa mentaliti menang ke Mallorca

Atletico Madrid bawa mentaliti menang ke Mallorca


PENGENDALI kelab La Liga Sepanyol, Atletico Madrid, Diego Simeone percaya Colchoneros lebih berkeyakinan berdepan Real Club Deportivo Mallorca selepas mengatasi gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara.

“Perkara paling sukar dalam bola sepak ialah mengekalkan konsistensi dan kami berjaya mengharungi cabaran Piala Raja Sepanyol ke atas Unio Esportiva Vic, dalam La Liga menentang Las Palmas diikuti dengan PSG di Parc des Princes, Paris.

“Ya, kami sedang berusaha ke arah mengekalkan konsistensi itu berharap kami dapat membina momentum tersebut.

“Kami akan berdepan lawan yang bermain dengan sangat baik, berani dan mempunyai banyak muslihat, yang sangat kuat di tempat sendiri dan kami akan cuba membawa motivasi permainan di tempat lawan sebelum ini,” kata Simeone.

Atletico asuhan Simeone yang berada di kedudukan ke tiga liga akan berdepan Mallorca kendalian Jagoba Arrasate di Estadi Mallorca Son Moix, pada Ahad.

Colchoneros selepas mengharungi Oktober yang sukar, akhirnya Atletico memperoleh satu kemenangan dalam lima perlawanan dalam semua kejuaraan, termasuk kekalahan Liga Juara-Juara berturut-turut, mereka memenangi tiga perlawanan terakhir mereka.

Mengenai kritikan terhadap bahagian benteng, Simeone menegaskan kritikan terhadap pendekatan bertahan Colchoneros tidak mengganggu tumpuannya.

“Kami tidak boleh sentiasa beraksi pada tahap tertinggi seperti yang kami mahukan, kami berharap untuk melakukannya, tetapi kadang-kadang kami tidak boleh bertindak balas terhadap apa yang kami tuntut daripada diri kami sendiri.

“Malah terdapat idea keseluruhan bahawa pasukan itu bersaing sebagai satu unit. Contoh, menentang PSG, bertahan dengan blok lebih rendah dan perkara paling penting pasukan sentiasa selesa dengan apa yang kami biasa lakukan sebelum ini.

“Untuk mewakili Atletico, memakai jersi ini adalah motivasi yang hebat, tidak kira siapa yang anda lawan,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top