Mina: Pasukan rondaan keselamatan di Makkah menahan empat pemastautin warga Indonesia kerana melakukan penipuan dengan memuat naik iklan mengelirukan di media sosial yang menawarkan perkhidmatan haji palsu, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Pihak berkuasa memaklumkan kad haji palsu dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan penipuan itu ditemukan dalam simpanan mereka.
Kesemua suspek ditahan sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap mereka dan kes dirujuk kepada Pendakwa Raya.
Keselamatan Awam menggesa semua pihak mematuhi peraturan dan arahan haji serta melaporkan pelanggaran dengan menghubungi 911 di Makkah, Madinah, Riyadh dan wilayah timur, serta 999 di semua wilayah lain di Arab Saudi.
© New Straits Times Press (M) Bhd






