Aya Amiruddin Kesal Wajah Dikritik, Disamakan Dengan Rohingya

Aya Amiruddin Kesal Wajah Dikritik, Disamakan Dengan Rohingya


Pempengaruh dan pelakon, Aya Amiruddin meluahkan rasa kesal apabila menjadi sasaran kecaman netizen yang mempersoalkan rupa parasnya sehingga disamakan dengan etnik Rohingya.

Menerusi perkongsian di platform Threads, Aya atau nama sebenarnya Fidya Natsha Amiruddin mendedahkan seorang pengguna Instagram (IG) meninggalkan komen berbaur penghinaan terhadap wajahnya.

“Ada abang dekat Instagram (IG) ni cakap aku ni mana ada siapa nak sebab muka aku macam orang asli Rohingya,” katanya.

Menurut Aya, komen berkenaan bukan sahaja menyentuh isu fizikal, malah turut mengaitkan status dirinya yang masih solo.

Meskipun berasa terkilan, Aya memilih untuk tidak berdendam terhadap individu terbabit.

“Aku harap Tuhan tak hantar musibah dekat dia. Maafkanlah dia sebab jadi manusia bangang,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tampil mempertahankan Aya dan menyifatkan kenyataan tersebut sebagai melampau serta tidak beradab.

Malah, ramai yang menegaskan aktres filem Pontianak 200 KG itu memiliki kecantikan tersendiri dan tidak wajar diperlakukan sedemikian.



Source link

OR

Scroll to Top