“Ayah Janji Nak Ambil Keputusan SPM Dengan Saya, Tapi Allah Lagi Sayang Dia” 

“Ayah Janji Nak Ambil Keputusan SPM Dengan Saya, Tapi Allah Lagi Sayang Dia” 

“Ayah Janji Nak Ambil Keputusan SPM Dengan Saya, Tapi Allah Lagi Sayang Dia” 


Anak kepada pelakon Allahyarham Along Eyzendy dikenali sebagai Eyman menjadi perhatian apabila memuat naik luahan susulan pemergian bapanya.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Eyman berkata arwah bapanya berjanji untuk mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bakal keluar tidak lama lagi.

BACA: Along Eyzendy Meninggal Dunia

“Ayah saya memang dah lama masuk hospital tapi tak bagitahu sesiapa dan sebelum balik asrama sempat pergi melawat.

“Ayah janji nak ambil keputusan SPM dengan saya tapi Allah lagi sayang dia. Rindu ayah saya sangat,” luahnya.

Dalam perkongsian itu, Eyman turut memuat naik gambar kenangan bersama bapanya.

Terdahulu, Along menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.16 tengah malam 8 Februari lalu. Arwah sebelum itu ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Idris Shah (HSIS) Serdang.






Source link

OR

Scroll to Top