Ayda Jebat Puji Golongan Bapa Zaman Kini Semakin Cekap Urus Anak – “Kalau Masuk Bilik Baby Di Mall, Penuh Ayah Tukar Lampin, Buat Susu…”

Ayda Jebat Puji Golongan Bapa Zaman Kini Semakin Cekap Urus Anak – “Kalau Masuk Bilik Baby Di Mall, Penuh Ayah Tukar Lampin, Buat Susu…”


Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat menarik perhatian ramai apabila berkongsi pandangan mengenai peranan golongan bapa yang kini dilihat semakin mahir dalam menguruskan anak.

Menerusi perkongsian di Threads, Ayda secara terbuka menyatakan ramai suami hari ini bukan sekadar membantu, malah mampu melakukan pelbagai tugas penjagaan anak tanpa bergantung sepenuhnya kepada isteri.

“Jangan dibuat main bab suami pandai jaga anak. Geng bapak-bapak memang ramai yang mahir jaga anak, especially zaman sekarang.

“Masuk saja bilik baby dekat mall, memang penuh ayah daddy papa abah dalam tu tukarkan diaper, buat susu anak dan sebagainya,” katanya.

Menurut Ayda, situasi itu bukan sesuatu yang pelik kerana setiap keluarga mempunyai cara tersendiri dalam membahagikan peranan masing-masing.

Dalam masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berkongsi perbezaan ‘kepakaran’ antara ibu dan bapa dalam menguruskan keluarga.

Katanya, golongan ibu biasanya lebih teliti dalam hal seperti menyediakan pakaian sekeluarga yang sedondon serta memilih saiz baju anak dengan tepat.

“Mesti nak sedondon warna match bila keluar! Ni memang suami tak ambil tahu, dia pakai saja apa kita bagi.

“Geng mak pandai beli baju anak ikut saiz. Kalau suami beli, confirm kecil ke besar sangat atau warna hitam saja semua… baju Spiderman!” selorohnya.

Ayda turut menyentuh situasi biasa yang sering berlaku apabila bapa mengambil masa lama untuk menidurkan anak, namun keadaan berubah sekelip mata apabila diserahkan kepada ibu.

“Nak tidurkan anak? Berjam dia cuba tidurkan terhuyung hayang pegang. Pass je kat kita, lima minit terus lelap. Kita settlekan,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ayda menegaskan setiap keluarga berbeza dan orang ramai tidak seharusnya terlalu cepat menilai.

“Tak pelikkan. Ramai je geng mak, geng bapak macam ni. Jadi, just be positive okay? Lain orang, lain cara, lain kehidupan, lain anak, lain rumah, lain suami,” katanya lagi.



Source link

OR

Scroll to Top