Ayuh Malaysia! Rafizi buka restoran & kedai serbaneka bawah RM5, tawar peluang pekerjaan anak muda

Ayuh Malaysia! Rafizi buka restoran & kedai serbaneka bawah RM5, tawar peluang pekerjaan anak muda


Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, bakal memperkenalkan dua kedai berkonsepkan perusahaan sosial yang menjual makanan dan barangan pada harga bawah RM5.

Ahli Parlimen Padan itu berkata, inisiatif di bawah program Ayuh Malaysia itu akan mula dibuka kepada orang ramai pada 1 dan 8 November ini.

“Kesum ialah kedai makan ‘value meal’ berkonsepkan ‘asal kenyang, sedap dan murah’ bersempena daun kesum serta singkatan kepada kenyang, sedap dan murah.
“Kesum akan menjual makanan sarapan, tengah hari dan malam pada harga bawah RM5,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Rafizi buka restoran & kedai serbaneka bawah RM5

Rafizi menegaskan kedua-dua kedai menggunakan konsep perusahaan sosial, di mana keuntungan dikongsi antara penyumbang modal, pekerja dan orang ramai.

Lebih keuntungan diperoleh, lebih tinggi gaji pekerja dan sumbangan balik untuk mengekalkan harga rendah.

“Saya tidak tahu sama ada model yang julung kalinya dibuat untuk kedai-kedai ini akan berjaya. Niat saya ialah membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak muda dan membantu orang ramai dengan menawarkan makanan dan barangan pada harga yang lebih murah.
“Jika dua eksperimen sosial ini berjaya, kami ada peluang yang lebih baik untuk mengembangkannya kepada lebih banyak cawangan.
“Lebih banyak cawangan dibuka, lebih banyak tawaran harga yang lebih rendah dan lebih banyak anak muda dilatih memiliki dan mengendalikan perniagaan sendiri,” katanya.

Artikel lain: Rafizi Ramli kongsi slip gaji sendiri, dedah gaji sebenar menteri – “Korang tengoklah lama-lama”

Beliau menjemput orang ramai hadir ke pembukaan Fleximart pada Sabtu, 1 November 2025 jam 10 pagi di alamat 35, Jalan Plumbum U7/U, Seksyen 7, Shah Alam (sederet dengan Speedmart).

Sementara itu, Kesum dibuka pada 8 November 2025 jam 9 pagi di alamat 25, Jalan Pandan Indah 1/20, Pandan Indah (sederet dengan KM Bistro).

“Insya Allah saya akan buat kopi, sediakan makanan dan menjadi sebahagian dari krew Fleximart dan Kesum pada hari itu,” katanya.

Sumber: FB Rafizi Ramli





Source link

OR

Scroll to Top