July 15, 2024

Azeem tambah lagi koleksi emas di AUG 2024

Azeem tambah lagi koleksi emas di AUG 2024


PELARI pecut Muhamad Azeem Fahmi menambah kilauan pingat emas buat kontinjen Sukan Universiti ASEAN (AUG) Surabaya Malang 2024 apabila memenangi acara 200 meter (m) lelaki akhir di Lapangan Atletik FIK Universitas Negeri Surabaya (UNESA), pada Khamis.

Azeem yang bakal menggalas cabaran negara dalam acara 100m di Sukan Olimpik Paris 2024 m ternyata dalam kelas tersendiri mengungguli larian dengan catatan 21.15 saat (s).

Penuntut Auburn University kelahiran Teluk Intan, Perak itu diekori rapat pelari tuan rumah Indonesia, Muhamad B Fitadi (21.43s pingat perak) dan Ruamchok Semathong (21.80s Thailand).

Aksi Azeem dalam acara 200m akhir lelaki pada Khamis.

Aksi Azeem dalam acara 200m akhir lelaki pada Khamis.

Ini merupakan emas kedua peribadi atlet berusia 20 tahun itu selepas meraih emas dalam acara 4x100m lelaki akhir bersama-sama Alif Iman Mohd Fahimi, Mohd Raimi Mustafa Kamal dan Mohammad Thaqif Mohammad Hisham dengan catatan masa 40.10s pada Rabu.

Azeem sebelum itu merangkul pingat perak dalam acara 100m dengan catatan masa 10.37s.

Pingat emas dan gangsa dimenangi wakil dari Indonesia, Lalu Muhamad Zohri dengan catatan masa 10.19s serta Jaelani Fatah Sidik (10.59s).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!



Source link

OR

Scroll to Top