Azizulhasni tetap jadi sandaran negara

Azizulhasni tetap jadi sandaran negara

Azizulhasni tetap jadi sandaran negara


Azizulhasni kini bergelar atlet profesional. – Foto: Agensi

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang akan terus menjadi sandaran untuk beraksi pada dua siri Piala Dunia, Sukan Komanwel 2026 di Glasgow dan Sukan Asia di Aichi-Nagoya, Jepun.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, khidmat The Pocket Rocketman masih ditagih dalam usaha negara memburu pingat emas.

“Beliau kini bertanding sebagai atlet profesional, namun telah memaklumkan kepada PKBM untuk meneruskan saingan hingga Sukan Asia.

“Justeru, penglibatannya bersama skuad kebangsaan hingga Sukan Asia terjamin. Penyertaan dalam kejohanan selepas itu masih belum dapat dipastikan.

“Beliau membuat persiapan sendiri sebagai pelumba bebas. Beliau seorang atlet matang yang memahami apa yang dipertaruhkan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) 2026 di Majlis Sukan Negara pada Khamis.

Sementara itu, Amarjit berkata, pencapaian atlet berusia 38 tahun itu di temasya Sukan Asia akan menjadi penentu sama ada beliau layak beraksi di Kejohanan Dunia Trek di Shanghai, China, Oktober depan.

Piala Dunia Trek dijadual berlangsung di Perth, Australia pada 6 hingga 8 Mac, diikuti aksi di Velodrom Nasional Nilai pada 24 hingga 26 April.

Dua lagi temasya sukan iaitu Sukan Komanwel 2026 yang berlangsung pada 23 Julai hingga 2 Ogos, manakala Sukan Asia pada 19 September hingga 4 Oktober. – Bernama

Ringkasan AI

  • JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang akan terus menjadi sandaran untuk beraksi pada dua siri Piala Dunia, Sukan Komanwel 2026 di Glasgow dan Sukan Asia di Aichi-Nagoya, Jepun
  • Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh Gill, mengatakan khidmat Azizulhasni masih ditagih untuk memburu pingat emas
  • Azizulhasni bertanding sebagai atlet profesional dan telah memaklumkan kepada PKBM akan terus bersaing hingga Sukan Asia
  • Penyertaan Azizulhasni dalam kejohanan selepas Sukan Asia masih belum dapat dipastikan
  • Prestasi di Sukan Asia akan menentukan kelayakan Azizulhasni untuk Kejohanan Dunia Trek di Shanghai, China



Source link

OR

Scroll to Top