Azlan Komeng, Nur Nilam Sah Bercerai

Azlan Komeng, Nur Nilam Sah Bercerai

Azlan Komeng, Nur Nilam Sah Bercerai


Pelakon Azlan Komeng dan isterinya Nur Nilam Ortiz sah bercerai selepas empat tahun mendirikan rumah tangga namun masih bersahabat baik demi anak mereka.

Memetik Harian Metro, Nilam bagaimanapun enggan berkongsikan tarikh serta punca perceraian mereka dan pengumuman itu dibuat selepas dia selesai menjalani tempoh idah.

BACA: Nur Nilam Buang Silikon Di Hidung, Rancang Nak Buang Tatu Pula 

“Soal bila kami bercerai, biarlah saya dan abang Lan (Azlan) saja yang tahu. Cukup sekadar masyarakat tahu yang kami sudah berpisah.

“Hubungan kami juga dalam keadaan baik dan ketika ini kami memilih untuk menjadi ibu bapa yang baik buat anak kami,” katanya.

Sementara itu, Nilam menafikan dakwaan berita percraian mereka dibuat sebagai gimik kerana jika benar dia mahu berbuat demikian pasti akan dilakukan sebelum tampat idah.

“Kalau ini marketing, saya tak akan buat hantaran selepas saya habis tempoh idah sebaliknya akan dibuat sebelum saya bercerai lagi.

“Tetapi saya belajar daripada kesilapan dan mengambil langkah untuk tidak terlalu berkongsi di media sosial. Saya lebih memilih untuk berwaspada dalam apa-apa hantaran yang dibuat di media sosial,” katanya.

Nur Nilam dan Azlan bernikah pada 22 Januari 2022. Pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki pada September tahun lalu.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top