Azrinaz Mazhar Hakim Kongsi Foto AI Bersama Anak-Anak, Kapsyen ‘If Only’ Bikin Netizen Sebak

Azrinaz Mazhar Hakim Kongsi Foto AI Bersama Anak-Anak, Kapsyen ‘If Only’ Bikin Netizen Sebak


Perkongsian bekas personaliti televisyen (TV), Azrinaz Mazhar Hakim baru-baru ini menyorot perhatian ramai.

Menerusi muat naik di platform media sosial, Azrinaz berkongsi beberapa foto yang disunting menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) bersama puteri dan puteranya, Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan Putera Abd. Wakeel.

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah, kapsyen ringkas yang ditulis pada muat naik tersebut seakan-akan mewakili perasaannya terhadap anak-anaknya itu.

“If Only,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Azrinaz juga turut memuat naik foto bersama dua lagi anak perempuannya hasil perkahwinan bersama Firoz Khan Abdul Hamid iaitu, Areesya Malaykha dan Atheera Medinah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersa sebak sekali gus mendoakan agar impian Azrinaz untuk bertemu puteri dan puteranya itu dimakbulkan.

Sekdar info, Azrinaz pernah bergelar isteri kedua kepada Sultan Brunei itu pada tahuni 2005, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama lima tahun.

Selain Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, perkahwinan Azrinaz bersama Sultan Brunei turut diserikan dengan seorang anak lelaki iaitu Putera Abd. Wakeel.

Bagaimanapun, Azrinaz mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Firoz Khan Abdul Hamid yang juga bekas rakan sekerjanya pada 1 Mei 2018.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan dengan dua cahaya mata perempuan.

 



Source link

OR

Scroll to Top