Azriyn Ayub-Wee Kiong singkirkan beregu pilihan dari Korea Selatan pada Khamis. FOTO: AGENSI
DUA beregu badminton negara menampilkan aksi bertenaga apabila mara ke suku akhir Terbuka Denmark Super 750 yang berlangsung di Jyske Arena, Odense pada Khamis.
Dalam acara beregu lelaki pasangan berpengalaman Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won-ho-Seo Seung-jae, straight set 21-19, 21-14 dalam masa 36 minit.
Rentak cemerlang itu turut diteruskan pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie, yang menundukkan pasangan Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara, 21-13, 21-18 dalam aksi berdurasi 37 minit.
Kemenangan tersebut menyaksikan kedua-dua wakil negara itu melangkah ke pusingan suku akhir dengan penuh keyakinan, sekali gus mengekalkan momentum positif skuad negara dalam siri jelajah Eropah kali ini.
Ringkasan AI
- DUA beregu badminton negara mara ke suku akhir K Terbuka Denmark Super 750
- Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong menang lawan nombor satu dunia dari Korea Selatan
- Goh Soon Huat-Lai Shevon Jemie menang lawan pasangan Jepun
- Kedua-dua wakil negara melangkah dengan penuh keyakinan ke pusingan suku akhir
- Mengekalkan momentum positif skuad negara dalam siri jelajah Eropah