Penyanyi, Azza Elite menyifatkan pelakon, Allahyarhamah Nadia Kesuma seorang individu yang sangat baik hati, meskipun hubungan mereka tidak terlalu rapat.
Menerusi perkongsian di platgorm Threads miliknya, Azza atau nama lengkapnya, Noor Azzarima Zawawi, 49, turut mendedahkan allahyarhamah tidak suka bercakap buruk mengenai orang lain.
“Walaupun kita tak rapat dan kadang kala jumpa di acara atay lokasi, dia sangatlah baik. Tak sangat dia cakap pasal orang. Al-fatihah, Nadia Kesuma,” tulisnya ringkas.
Azza yang juga ahli anggota kumpulan Elite ini berkata demikian ketika membalas ciapan seorang individu yang meluahkan rasa kagumnya terhadap keperibadian Allahyarhamah Nadia.

Pada Khamis lalu, anak perempuan Allahyarhamah Nadia mengesahkan ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung dan akan dikebumikan di Jeddah.
Artikel Berkaitan: Rakaman CCTV Jadi Bukti Arwah Nadia Kesuma Rebah Di Lapangan Terbang Jeddah
Artikel Berkaitan: Jenazah Nadia Kesuma Bakal Dikebumikan Di Arab Saudi, Suami & Anak Bakal Terbang Ke Jeddah Pagi Ini






