Azzmi Aziz dilantik Ketua Jurulatih baharu KDA FC

Azzmi Aziz dilantik Ketua Jurulatih baharu KDA FC


Azzmi Aziz dilantik sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro musim ini. FOTO KDA FC

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) mengumumkan pelantikan Azzmi Aziz sebagai Ketua Jurulatih baharu pasukan bagi menghadapi saingan Liga A1 Semi Pro musim ini.

Pelantikan itu dibuat selepas bekas pengendali, Victor Andrag, memilih untuk menyertai Kedah FA.

Azzmi, 48, bukan nama asing dalam arena bola sepak tempatan.

Beliau memiliki lesen kejurulatihan tertinggi, AFC Pro, dan berpengalaman lebih 15 tahun membimbing pasukan dalam Liga Super, Liga Premier serta skuad pembangunan seperti Piala Presiden.

Antara pencapaian terbesarnya termasuk membimbing PDRM FC mencatat kemenangan berprofil tinggi dalam Liga Super 2023, termasuk menewaskan pasukan seperti Selangor FC, Sabah FC dan KDA FC sendiri.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Jurulatih Negeri Sembilan FC dan mengetuai skuad Piala Presiden negeri itu.



Source link

OR

Scroll to Top