‘Baby Bump’ Curi Perhatian, Umisya Mazlan Didakwa Hamil Anak Keempat?

‘Baby Bump’ Curi Perhatian, Umisya Mazlan Didakwa Hamil Anak Keempat?


Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan, kembali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah video bersama anak perempuannya di platform TikTok.

Menerusi perkongsian itu, Umisya yang juga merupakan madu kepada Marissa Dania didakwa kini berbadan dua, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen.

Dakwaan tersebut timbul apabila ada pengguna media sosial mendakwa melihat seakan-akan ‘baby bump’ pada Umisya ketika dia mendukung anak perempuannya yang baru sahaja dilahirkan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Umisya memilih untuk tidak mengulas lanjut berhubung dakwaan berkenaan apabila dilihat tidak membalas sebarang komen netizen, sekali gus membiarkan perkara itu terus menjadi tanda tanya.

Nama Umisya sebelum ini menjadi perhatian umum selepas suaminya, Aslam, bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.

Untuk rekod, Umisya dan Aslam mendirikan rumah tangga pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.

Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud, 4, Nuh, 3, serta seorang bayi perempuan.

Artikel Berkaitan: Umisya Mazlan Sudah Berdamai Dengan Takdir, Tiada Masalah Bertemu Dengan Madu



Source link

OR

Scroll to Top