“Baby L You Are My Biggest Blessing”- Bakal Bergelar Ibu, Eyka Farhana Mohon Doa Peminat

“Baby L You Are My Biggest Blessing”- Bakal Bergelar Ibu, Eyka Farhana Mohon Doa Peminat


Pelakon Eyka Farhana meluahkan rasa syukur di atas kurniaan nikmat terbesar dalam hidupnya apabila baru-baru ini dia mengumumkan sedang dalam fasa kehamilan.

Menerusi perkongsian di Threads, Eyka Farhana atau nama lengkapnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, berkata, dia terharu atas rezeki yang hadir dalam hidupnya sepanjang tahun 2025 hingga 2026 yang disifatkan cukup indah dan di luar jangkaan.

“Alhamdulillah syukur, 2025-2026 datang dengan begitu indah yang tak pernah saya bayangkan. Dalam semua rezeki dan kebahagiaan yang Allah beri, satu nikmat paling besar sedang saya rasakan sekarang, Allah hadiahkan saya harta dunia dan akhirat,” katanya.

Dalam pada itu, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid ini turut mendedahkan bahawa di dalam rahimnya kini sedang membesar seorang ‘nyawa kecil’ yang diberi panggilan manja, Baby L.

“Di dalam rahim ini, satu nyawa kecil sedang membesar. Baby L, you are my biggest blessing. Semoga agar anak ini membesar dengan sihat, dilindungi Allah setiap saat.

“Mohon doakan semoga perjalanan ini dipermudahkan dan segalanya berjalan dengan lancar,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top