BAC 2025: Soon Huat-Shevon wakil pertama negara mara ke suku akhir

BAC 2025: Soon Huat-Shevon wakil pertama negara mara ke suku akhir


Soon Huat (kiri) dan Shevon bakal menentang pasangan Indonesia dalam aksi suku akhir BAC di China pada Jumaat. Foto Agensi

BEREGU campuran, Goh Soon Huat-Shevon Lai mencatatkan sejarah sebagai wakil pertama negara yang mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025 di China sebentar tadi.

Kejayaan pasangan negara yang berstatus ketiga dunia itu diraih selepas menumpaskan juara Terbuka Malaysia 2025, Dechapol Puavaranukroh dan Supissara Paewsampran, secara straight set.

Dalam aksi di Pusat Sukan Olimpik Ningbo tersebut, Soon Huat-Shevon menang 21-17, 21-14 ke atas pasangan dari Thailand itu dalam tempoh 40 minit permainan.

Kemenangan tersebut juga melunaskan dendam pasangan suami isteri itu yang tewas kepada gandingan dari negara jiran tersebut pada Terbuka Swiss.

Ia merupakan pertembungan keenam melibatkan kedua-dua pasangan di pentas antarabangsa.

Keputusan berkenaan menyaksikan rekod pertemuan mereka adalah seimbang, dengan masing-masing meraih tiga kemenangan.

Menanti Soon Huat-Shevon di suku akhir ialah pasangan ke-25 dunia dari Indonesia, Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu, bagi merebut tiket ke separuh akhir.



Source link

OR

Scroll to Top