Bacaan al-Quran mampu menguatkan memori anak-anak

Bacaan al-Quran mampu menguatkan memori anak-anak


– Advertisement –

KOTA BHARU: Ramai ibu bapa yang berasa sedih, kecewa apabila anak-anak mereka enggan atau tidak minat untuk membaca al-Quran.

Biarpun telah berada di sekolah menengah, namun masih ramai yang tidak mampu membacanya, apa lagi dengan tajwid yang betul.

Namun tahukah kita anak-anak akan belajar dan rajin dengan mencontohi perbuatan atau minat kedua orang tua mereka sendiri.

– Advertisement –

Oleh yang demikian, tunjukkan contoh yang baik dengan mengamalkan membaca al-Quran di hadapan anak-anak atau secara bersama-sama.

Sebagai contoh, ibu bapa membaca beberapa helaian al-Quran bersama anak-anak setiap kali selepas solat Maghrib atau Isyak.

Bagi mengupas isu ini, kita bersama Timbalan Ketua Pengelola 2 Bahagian Dakwah Halaqat Negeri Kelantan, Ustazah Raziah Zainal Karip untuk membincangkan perkara ini.

Sebelum ini, beliau berkongsi bagaimana kaedah menyusun gerak dakwah yang lebih sistemetik untuk mencapai kejayaan.

Katanya, ibu bapa juga boleh memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran sama ada secara audio atau membacanya secara langsung ketika anak sedang tidur.

Menurutnya, ini kerana bacaan ayat-ayat al-Quran yang diperdengarkan secara perlahan mampu menguatkan memori anak-anak terutama bayi yang masih kecil.

“Bagi tujuan menimbulkan minat anak-anak terhadap al-Quran, ibu bapa boleh memasang audio atau video surah-surah pilihan semasa berada di rumah atau di dalam kenderaan.

“Ibu bapa boleh mempelbagaikan kreativiti dengan menggunakan kad imbasan bergambar dan berwarna terutama bagi anak-anak yang berumur 3 tahun dan ke bawah kerana,” katanya ketika diminta mengupas tajuk kaedah menarik anak minat membaca al-Quran.

Kata Raziah, ketika usia itu mereka berada di peringkat mahu meneroka sesuatu dengan melakukan kerjanya sendiri tanpa memberi fokus kepada arahan ibu bapa.

Tambahnya, kerana itu, kad imbasan yang mengandungi huruf-huruf hijaiyah merupakan salah satu kaedah yang boleh menarik perhatian anak-anak terhadap al-Quran. – HARAKAHDAILY 24/8/2024

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top