Badrul Afzan kekal kemudi Terengganu FC

Badrul Afzan kekal kemudi Terengganu FC


HASRAT pengendali sementara Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali musim lalu untuk mengendalikan skuad Penyu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) menjadi kenyataan.

Pengendali kelahiran Kemaman berusia 49 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan pengurusan Terengganu mengemudi kelab pantai timur berkenaan bagi saingan musim 2025/26.

Sebagai rekod, Badrul Afzan sebelum ini membalas kepercayaan pengurusan skuad Penyu apabila mengemudi pasukan itu menduduki tangga kelima Liga Super 2024/25.

Bekas pemain skuad Peteh Ganu Peteh itu sebelum ini menggantikan Tomislav Steinbruckner yang melepaskan jawatan pada 1 Oktober tahun lalu.

Badrul Afzan menandatangani kontrak sebagai peneraju pasukan bermula 1 Julai hingga 31 Mei 2026.

Keputusan untuk melantik Badrul Afzan ini telah pun dimuktamadkan oleh barisan Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) dengan mengambil kira pelbagai aspek penting untuk memastikan kelab itu mampu bergerak lebih positif bagi menghadapi musim baharu saingan Liga-M.

Sementara itu, Badrul bersyukur diberikan kepercayaan mengendalikan pasukan utama Terengganu, berterima kasih buat pengerusi serta seluruh Ahli Lembaga Pengarah TFCSB.

Menyedari tanggungjawab besar namun cukup optimis dapat membawa pasukan ini dengan lebih baik dalam saingan musim baharu dengan pemain-pemain serta taktikal dan corak permainan yang beliau ingin terapkan.

“Saya ingin berterima kasih buat kesemua ahli jawatankuasa teknikal yang banyak membantu beliau dalam proses pemilihan pemain dalam usahanya membentuk pasukan Terengganu FC bagi musim 2025/26.

“Saya ingin memastikan pencapaian pasukan ini lebih baik berbanding musim lepas dalam mengejar kejuaraan saingan Liga Malaysia seterusnya akan berusaha untuk memburu slot ke Kejuaraan Kelab ASEAN dan Asia pada musim depan,” katanya.

Sebagai rekod, Terengganu FC dijangka akan memulakan latihan rasmi pada 1 Julai depan dengan kesemua pemain termasuk pemain import akan turun menjalani latihan.



Source link

OR

Scroll to Top