“Bagi Sedekah Tak Perlu Tunjuk-Tunjuk”- Raja Ilya

“Bagi Sedekah Tak Perlu Tunjuk-Tunjuk”- Raja Ilya


Pelakon Raja Ilya tampil berkongsi pandangan peribadinya mengenai isu bersedekah dan membantu orang lain khususnya apabila ada pihak mempertikaikan perbuatan berkongsi amalan baik secara terbuka di media sosial.

Menurut Raja Ilya, tidak semua perkara dalam hidup itu mudah dan setiap individu mempunyai niat serta cara tersendiri dalam melakukan kebaikan.

“Bagi sedekah/tolong orang tak payah tunjuk-tunjuk? Sometimes bila kita buat baik mesti ada yang cakap ‘Why post? Nak show ke? Tapi sejujurnya, hidup tak selalunya simple,”katanya.

Tambahnya, tindakan individu yang bersedekah secara terbuka mungkin kerana berasa bangga dengan diri sendiri atau ada yang ingin memberi inspirasi kepada orang lain.

“Ada yang share sebab bangga dengan diri sendiri, ada yang nak inspired orang lain, ada yang share sebab rasa happy bila buat good deeds dan ada juga yang buat senyap-senyap. Tak tunjuk dekat orang, sosial media.

“Tak semua hati sama, cara kita pun lain-lain. It is the heart behind it that matters, always.

“So you do what you do… it takes a big heart to give away. Apa pun cara, as long as it comes from a good place, it still counts,” jelasnya.



Source link

OR

Scroll to Top