Bagnaia juarai GP Amerika

Bagnaia juarai GP Amerika


Austin: Francesco Bagnaia menganggap kejayaan memenangi Grand Prix (MotoGP) Amerika penuh dengan drama termasuk insiden kemalangan babitkan Marc Marquez yang sebelum itu mendahului perlumbaan sejak awal.

Marquez yang semakin hampir menjuarai saingan keenam musim ini bagaimanapun terbabit dengan kemalangan pada pusingan kesembilan sekali gus memberi peluang buat Bagnaia.

Alex Marquez yang mewakili pasukan satelit Ducati, menduduki tempat kedua buat kali keenam untuk mendahului satu mata daripada abangnya dalam kedudukan pelumba.

“Ia satu perasaan yang luar biasa, saya sangat gembira. Ini kali pertama saya menang di sini di COTA,” kata Bagnaia.

“Saya tahu bahawa kemenangan itu datang kerana kemalangan dialami Marc Marquez. Dia lebih pantas daripada kami, lebih pantas daripada orang lain hari ini. Jadi saya hanya cuba mengikutnya di belakang.

“Sebaik sahaja saya melihat dia terhempas, saya terus memecut untuk membuka jurang di depan,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top