Penyanyi Safura Yaakob berkata sepanjang 20 tahun mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Shahronizam Noor, mereka juga tidak terlepas daripada dugaan.
Memetik Astro Gempak, Safura menyifatkan bahagia dalam rumah tangga itu mahal apatah lagi perlu lalui proses suka duka serta ujian yang tidak dijangka.
BACA: Jari Putus, Shahronizam Kesal Seniman Tak Tanya Khabar
“Dalam rumah tangga ini bahagia itu mahal, tidak dalam setiap rumah tangga itu aman semua orang pasti akan ada dugaan masing-masing.
“Orang mungkin nampak kami lalui rumah tangga selama 20 tahun bersama tapi sebenarnya macam-macam sudah terjadi,” katanya.
Sementara itu, Safura berkata rumah tangga mereka pernah bergolak sehingga dia keluar rumah selama dua bulan kerana makan hati dengan suaminya. Malah, dia pernah menuduh suaminya jadi punca pemergian anak mereka.
“Saya pernah tinggalkan dia dua bulan sebab merajuk, saya ambil anak-anak saya tapi selepas saya balik anak-anak saya histeria nampak dia. Jadi saya fikir saya kena balik sebab saya tak nak mereka hilang kasih sayang seorang ayah.
“Saya juga pernah tuduh dia yang menyebabkan kematian anak kami kerana dia mengkhianati rumah tangga ini. Tapi lama-lama saya reda dan faham dia ada dugaan dia, saya pun ada dugaan saya dan bila dia lakukan kesilapan saya maafkan dia,” katanya.
Dalam pada itu, Safura bagaimanapun bersyukur rumah tangga mereka masih kekal hingga ke hari ini berkat doa ibu dan ibu mentua serta sebagai isteri tidak boleh terus menyalahkan suami.
“Kita bukan manusia yang sempurna tapi syukur berkat doa ibu dan ibu mentua kekal sampai hari ni meskipun banyak kesilapan yang kita lakukan.
“Mungkin dia mengkhianati rumah tangga pada ketika itu sebab saya juga silap sebagai isteri jadi kita tak boleh terus salahkan suami kita.
“Tapi saya reda sebab mak saya cakap sampai bila nak lari daripada masalah, tak akan ada masalah sikit nak bercerai sebab kita sebagai suami isteri tidak sempurna. Jadi bila reda, Allah wujudkan kebahagian ini namun diuji dengan sakitnya pula,” katanya.
Sumber: Astro Gempak






