Bahasa ahli syurga

Bahasa ahli syurga


– Advertisement –

Soalan:

Saya ada mendengar ceramah seorang ustaz menyebut bahawa bahasa ahli syurga di hari akhirat nanti ialah bahasa Arab tetapi ada orang kata hadis berkaitan perkara ini tidak ada asalnya. Mohon penjelasan.

– Advertisement –

Jawapan:

Telah diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. beliau berkata:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : أَحِبُّوا الْعَرَبَ لثلاث : لِأَنِّي عَرَبِيٌّ وَالْقُرْآنُ عَرَبِيٌّ وَكَلَامُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيٌّ

Ertinya: “Telah bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam: Cintailah kamu sekalian akan Arab kerana tiga sebab iaitu sungguhnya kerana aku ini Arab dan Al-Quran itu Arab dan percakapan ahli syurga itu Arab.”

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi di dalam kitab Syu’ab Al-Iman dan At-Tabarani dalam kitab Mu’jam Al-Kabir dan Al-Hakim dalam kitab Al-Mustadrak dan Abu Nu’aim dalam kitab Sifat Al-Jannah dan Al-‘Uqaili dalam kitab Ad-Du’afa’.

Dan pada satu riwayat Abu Nu’aim bersabda oleh Rasulullah sollallahu alaihi wasallam:

لِسَانُ أَهْلِ الْجَنَّةِ عَرَبِيُّ

Ertinya: “Percakapan ahli syurga ialah bahasa Arab.”

Berkata sebahagian ulama adalah hadis ini hadis daif dan berkata sebahagian yang lain ialah hadis hasan li ghairih harus beramal dengannya dan harus menyebarkannya dan berkata sebahagian yang lain pula ia adalah maudu’.

Telah berkata oleh Dr Salim ‘Alwan:

فالحديث بمجموع طرقِه حسنٌ لغيرهِ أو يرتقي من الضعف الشديد إلى الضعف الخفيف كما مر ولا بأس بروايتِهِ تَبَعًا للقواعد الحديثية

Ertinya: “Maka hadis ini dengan perhimpunan segala jalannya ialah hasan li ghairih atau naik dari bersangatan daif kepada daif yang ringan sebagaimana yang telah lalu sebutnya dan tiada mengapa dengan meriwayatkannya kerana mengikut bagi kaedah ilmu hadis.”

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 15/5/2025

 

Berita ini lebih mudah dan cepat dibaca di aplikasi Harakahdaily. Muat turun sekarang!

Sertai saluran WhatsApp Harakahdaily untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

– Advertisement –



Source link

OR

Scroll to Top