Bahaya normalisasi arak dalam kehidupan – Murshid

Bahaya normalisasi arak dalam kehidupan – Murshid


TIDAK sepatutnya berlaku majlis yang menjemput umat Islam namun dihidangkan minuman yang haram diminum seperti arak. Foto Canva

HEBOH di media sosial baru-baru ini mengenai suatu majlis yang didakwa dihadiri pemain industri pelancongan termasuk yang beragama Islam, dihidangkan minuman arak.

Situasi tersebut mengundang ketidakselesaan tetamu beragama Islam sehingga mereka terpaksa pulang awal apabila minuman memabukkan itu dihidangkan.

Pertubuhan Multaqa Asatizah dan Du’at (Murshid) tampil mengingatkan kepada semua tanpa mengira ideologi politik, agama dan bangsa mengenai bahaya normalisasi arak dalam kehidupan.

“Murshid terpanggil untuk mengingatkan kepada umum termasuk pemimpin negara mengenai bahaya normalisasi arak dalam kehidupan dan ketidakwajaran hidangan arak dalam program anjuran mana-mana pihak.

“Seperti diketahui umum, arak merupakan hidangan yang memabukkan. Meminumnya akan menghilangkan kewarasan seseorang sehingga melakukan perkara yang melanggar batas perundangan seperti membunuh dan memandu secara melulu,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

DALAM meraikan kejayaan, jangan menggunakan minuman alkohol seperti yang dilakukan orang-orang bukan Islam. Foto Canva

DALAM meraikan kejayaan, jangan menggunakan minuman alkohol seperti yang dilakukan orang-orang bukan Islam. Foto Canva

Menurutnya, dalam sepotong hadis yang diriwayatkan At-Tirmizi dan Ibnu Majah, Anas RA berkata bahawa Rasulullah SAW melaknat 10 golongan yang berkaitan dengan arak, iaitu:

1 – Orang yang memerahnya.

2 – Orang yang meminta ia diperah.

3 – Orang yang minum.

4 – Orang yang membawa.

5 – Orang yang dibawa kepadanya.

6 – Orang yang menuang.

7 – Orang yang menjual.

8 – Orang yang makan hasil jual belinya.

9 – Orang yang membeli.

10 – Orang yang dibeli untuknya.

SEBAIK-BAIKNYA hidangkan air yang sihat seperti air mineral dalam penganjuran sesuatu majlis. Foto Canva

SEBAIK-BAIKNYA hidangkan air yang sihat seperti air mineral dalam penganjuran sesuatu majlis. Foto Canva

Tambahnya, masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik mesti dididik dengan memberikan kefahaman bahaya normalisasi arak dalam kehidupan.

“Kerajaan melalui kuasa undang-undang perlu memperketatkan penjualan arak kepada masyarakat supaya tiada lagi kesan negatif meningkat begitu ketara.

“Semoga Malaysia terus makmur tanpa arak berleluasa di mana sahaja,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top