Balas Komen Netizen Isu ‘Malu’ Ada Kawan Tak Pandai Bergaya, Fazura Tampil Respons – “Saya Tak Segan, Tapi Ada Syarat”

Balas Komen Netizen Isu ‘Malu’ Ada Kawan Tak Pandai Bergaya, Fazura Tampil Respons – “Saya Tak Segan, Tapi Ada Syarat”

Balas Komen Netizen Isu ‘Malu’ Ada Kawan Tak Pandai Bergaya, Fazura Tampil Respons – “Saya Tak Segan, Tapi Ada Syarat”


Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura tampil memberi respons susulan komen netizen yang bertanyakan mengenai isu ‘malu’ memiliki rakan yang tidak pandai bergaya atau bergambar secara OOTD.

Menerusi satu kenyataan balas, Fazura menegaskan, dia sama sekali tidak berasa segan untuk berkawan atau membantu rakannya yang kurang mahir mengenai penampilan diri, malah sedia memberikan sokongan.

“Tak segan. Saya akan tolong dia bergaya dan ambilkan photo OOTD dia supaya sama-sama cantik,” katanya.

Namun, Fazura menegaskan kesediaannya untuk memberikan pertolongan tidak dipandang remeh dek kerana dia tidak mahu individu berkenaan mengambil kesempatan terhadapnya.

“Tapi dengan syarat.. dia jangan pernah ada sifat lupa diri, tak sedar ruang atau take my kindness or other friends for granted,” jelasnya.

Kenyataan itu dilihat sebagai sindiran berlapik terhadap sikap segelintir individu yang mudah selesa dan lupa mengenai batas apabila menerima kebaikan daripada orang lain.

Bagaimanapun, respons pelantun lagu Luar Biasa itu menerima sokongan ramai warganet yang memuji pendiriannya yang tegas tetapi beradab, selain menekankan nilai saling menghormati dalam persahabatan.

ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Kongsi ‘Pet Peeves’, Ingatkan Soal Adab & Sikap Bertimbang Rasa – “Sikap ‘Entitled’, Suka Tunggu Orang Suap Info..”

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Cilik Terima Komen Kurang Manis, Fazura Tampil Pertahan – “Cantik Itu Hanya Milik Allah”

ARTIKEL BERKAITAN:“Ramai Yang Sayangkan Dia” – Pengawal Peribadi Fazura Doakan Fatima Dijauhkan Dari Orang Munafik

ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Pernah Berkira, Terima Kasih Belanja Kami Semua Makan” – Cecah RM450 Seorang, DJ Sonic Terharu Sikap Murah Hati Fazura





Source link

OR

Scroll to Top