Perkongsian ibu kepada Dr Afifah Hidayah iaitu Dr Zailah menjadi perhatian menyifatkan percutian mereka sekeluarga kali ini sangat bermakna.
Menerusi hantaran di Instagram, Dr Zailah berkata meskipun berdepan pelbagai ujian namun mereka sekeluarga tidak mahu ianya menganggu percutian serta berdoa agar cucu-cucu tidak terkesan.
BACA: “Kena Ada Plan, Kena Tahu Lawan You Siapa” – Puteri Sarah Titip Pesan Buat Dr Fie
“Walaupun macam-macam ujian melanda, kami tak mahu ia menganggu percutian kami. InsyaAllah mudah-mudahan Allah beri kami kekuatan untuk sedikit ujian ini,”
“InsyaAllah kami mendoakan supaya cucu-cucu tidak tidak terkesan dengan apa yang berlaku,” tulisnya.
Sementara itu, Dr Zailah memaklumkan sebaik saja pulang mereka sekelarga akan membantu mengemas bilik untuk cucu-cucunya serta mengucapkan selamat pulang kepada anak perempuannya, Dr Fie.
“Balik ni kena bantu-bantu cucu kemas bilik mereka yang baru. InsyaAllah, selamat kembali ke rumah anakku. Ibu ayah love you Dr Fie” tulisnya.
Diruangan komen rata-rata netizen sebak dengan hantaran ibu Dr Fie itu serta mengatakan tempat paling selamat buat anak-anak adalah ibu bapa mereka.






