BAM hantar skuad terbaik gegar Thailand 2025

BAM hantar skuad terbaik gegar Thailand 2025


Senarai pemain mengalas cabaran negara di Sukan SEA Thailand 2025. Foto: BAM

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai pemain yang akan menggalas cabaran negara bagi acara individu saingan Sukan SEA Thailand 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 11 hingga 14 Disember.

Skuad kali ini menghantar gabungan pemain berpengalaman dan bakat baharu dengan harapan dapat membawa pulang kilauan pingat bagi kategori individu.

Fokus utama bagi acara perseorangan lelaki akan diletakkan di bahu Leong Jun Hao dan Justin Hoh.

Jun Hao, yang pernah menjadi pemain nombor satu negara selepas Lee Zii Jia mengalami kecederaan, masih berusaha keras untuk memecahkan kelompok 16 terbaik dunia.

Bagi perseorangan wanita, negara meletakkan harapan kepada K Letshanaa dan Wong Ling Ching.

Acara beregu turut menampilkan pasangan beregu terbaik dengan beregu lelaki pasangan nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, akan memimpin cabaran bersama gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Beregu wanita pula mempertaruhkan juara Terbuka Artik Super 500, Pearly Tan-M Thinaah, yang akan bergandingan dengan pasangan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing.

Beregu campuran akan diwakili oleh dua pasangan iaitu Chen Tang Jie-Toh Eee Wei dan Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin.

Barisan terbaik negara dijangka mampu mencabar Indonesia dan Thailand dengan misi memburu pingat emas dan memperkukuh prestasi.

 

 

SKUAD BADMINTON NEGARA KE THAILAND 2025

SKUAD LELAKI

* LEONG JUN HAO

 

 

* JUSTIN HOH

 

 

* EOGENE EWE

 

 

* AIDIL SHOLEH ALI SADIKIN

 

 

* AARON CHIA

 

 

* SOH WOOI YIK

 

 

* MAN WEI CHONG

 

 

* TEE KAI WUN

 

 

* CHEN TANG JIE

 

 

* HOO PANG RON

SKUAD WANITA

* K LETSHANAA

 

 

* WONG LING CHING

 

 

* SITI ZULAIKHA MUHAMMAD AZMI

 

 

* ENG LER QI

 

 

* PEARLY TAN

 

 

* M THINAIAH

 

 

* GO PEI KEE

 

 

* TEOH MEI XING

 

 

* TOH EE WEI

 

 

* CHENG SU YIN

 

 

Ringkasan AI

  • Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan senarai pemain untuk Sukan SEA Thailand 2025
  • Skuad terdiri dari pemain berpengalaman dan bakat baharu untuk acara individu
  • Leong Jun Hao dan Justin Hoh akan memimpin cabaran perseorangan lelaki
  • K Letshanaa dan Wong Ling Ching dipilih untuk acara perseorangan wanita
  • Pasangan beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M Thinaah antara yang akan bertanding



Source link

OR

Scroll to Top