BAMTC 2025: Indonesia menang 5-0 ke atas Hong Kong

BAMTC 2025: Indonesia menang 5-0 ke atas Hong Kong


Alwi Farhan mengejutkan pemain pilihan Hong Kong, Angus Ng Ka Long pada Selasa. Foto: Agensi

INDONESIA menurunkan barisan terbaik membuka kempen Kumpulan B Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) 2025 di China dengan mengalahkan Hong Kong, 5-0 di Pusat Sukan Qingdao Conson, pada Selasa.

Beregu campuran nombor 141 dunia Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati menghadiahkan mata pertama Indonesia apabila menundukkan dalam aksi 55 minit pemain nombor 60 dunia Lui Chun Wai-Fu Chi Yan, 18-21, 21-8, 21-19.

Pemain perseorangan wanita nombor 14, Putri Kusuma Wardani meneruskan momentum Indonesia apabila menewaskan pemain nombor 188, Yeung Sum Yee 21-8, 21-15 dalam masa 35 minit.

Juara remaja dunia 2023 Alwi Farhan menghadiahkan mata ketiga buat pasukan Indonesia apabila mengejutkan pemain 20 dunia, Angus Ng Ka Long, 21-12, 18-21, 21-19 dalam masa 71 minit.

Beregu wanita 32 dunia, Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Silva Ramadhanti menambah sengsara pasukan pelawat apabila mengambil masa 40 minit menjinakkan gandingan 42 dunia Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan straight set 21-15, 21-17.

Beregu lelaki nombor 16 dunia Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin melengkapkan kemenangan bergaya Indonesia apabila menewaskan pemain nombor 120 dunia Law Cheuk Him-Yeung Shing Choi 21-19, 21-23, 21-8.

Hong Kong selepas ini akan berdepan Malaysia dalam aksi kedua Kumpulan B pada Khamis.



Source link

OR

Scroll to Top