Bangkai kucing dalam peti sejuk beku kes lama ,ditularkan semula

Bangkai kucing dalam peti sejuk beku kes lama ,ditularkan semula


GEORGE TOWN – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang mengesahkan video tular yang menunjukkan beberapa bangkai kucing dalam peti sejuk beku di sebuah kediaman di Paya Terubong, di sini, adalah kejadian lama yang ditularkan semula.

Pengarah JPV negeri, Dr. Saira Banu Mohamed Rejab berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bangkai kucing itu pada 9 Ogos lalu dan 12 Julai 2022.

Saira Banu.

“Persampelan karkas telah dibuat semasa kedua-dua aduan diterima dan keputusan bedah siasat karkas pada tahun 2022 mendapati kematian kucing disebabkan semula jadi dan tiada unsur penganiayaan.

“Bagaimanapun, keputusan bedah siasat terkini tidak dapat dibuat kerana karkas telah autolisis iaitu tisu badan mula hancur secara semula jadi akibat tindakan enzim dalam tubuh selepas kematian,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Sehubungan itu, Saira Banu menasihatkan orang ramai agar tidak menyebar atau berkongsi lanjut insiden tersebut yang boleh boleh datangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat khususnya pencinta haiwan.

Terdahulu tular satu rakaman video berdurasi tiga minit 40 saat memaparkan beberapa bangkai kucing dalam plastik secara berasingan disimpan dalam peti sejuk beku.

Berdasarkan video itu, wanita tersebut mendakwa ia ditemui di rumah jirannya di Paya Terubong, di sini, ketika dia mengunjungi rumah itu untuk memeriksa keadaan anak angkat pasangan berkenaan yang sering ke rumahnya mengadu tidak mendapat makanan secukupnya. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top