Bangkit bantah rancangan Donald Trumph 'takluk' Gaza

Bangkit bantah rancangan Donald Trumph 'takluk' Gaza



am@hmetro.com.my

Putrajaya: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan mengadakan perhimpunan aman bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat (AS) Jumaat depan.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, perhimpunan aman itu susulan kenyataan Presiden AS, Donald Trumph yang secara terang-terangan berkomplot untuk merampas wilayah Palestin dengan berselindung di sebalik alasan pembinaan semula Gaza.

Menurutnya, MAPIM sedang mengadakan rundingan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan kelulusan perhimpunan aman dan berharap mendapat kebenaran.

Katanya, perhimpunan itu akan bermula di Masjid Tabung Haji dan seterusnya berarak ke Kedutaan AS selepas solat Jumaat.

“Saya berharap peserta tidak melakukan sebarang provokasi demi keselamatan dan menghormati undang-undang.

“Kita juga mengalu- alukan penyertaan badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil parti politik bagi menunjukkan bantahan serta menyarankan peserta parti tidak mengibarkan bendera masing-masing ketika perhimpunan diadakan, “katanya tadi.

Dalam pada itu Azmi berpandangan, kenyataan Trumph itu boleh dianggap serius berdasarkan latar belakangnya sebagai ahli perniagaan.

Menurutnya, sebagai ahli perniagaan dan pemaju hartanah, Trumph melihat Gaza sebagai hartanah berpotensi yang boleh dibangunkan dengan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan.

Katanya, Trumph akan cuba melakukannya jika tidak 100 peratus mungkin kurang daripada itu kerana ketika diajukan pertanyaan beberapa kali oleh wartawan, beliau tetap mengulangi kenyataan sama seolah-olah tidak akan tunduk kepada tekanan dunia luar.

“Menerusi buku yang ditulis Trumph, beliau juga sering menggunakan konsep menekan ketika berurusan berkenaan perniagaan dengan pelanggan sehingga mereka terpaksa terima apa yang dia mahukan”.

“Apa yang beliau lakukan ketika ini adalah melontarkan isu itu untuk memberi tekanan kepada Hamas dengan tidak mempedulikan suara dunia yang akhirnya Hamas terpaksa mencari jalan untuk menerima atau tidak berkenaan isu itu, “katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top