Banglo Mewah Rebecca Nur Islam Berjaya Dilelong RM2.92 Juta

Banglo Mewah Rebecca Nur Islam Berjaya Dilelong RM2.92 Juta


Rumah banglo mewah milik pelakon Rebecca Nur Islam dan bekas suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman telah pun berjaya dilelong dengan harga RM2.92 juta.

Memetik mStar Online, pelelong berlesen Ishaq Marazi tidak boleh mendedahkan maklumat pembeli dan hanya boleh memberitahu banglo itu telah pun dilelong hari ini di Mahkamah Tinggi, Shah Alam.

BACA: Rebecca Nur Al Islam Selesai Tempoh Iddah, Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah

“Saya tak boleh dedahkan identiti pembeli kerana ini adalah atas permintaanya,”katanya.

Sementara itu, Ishaq berkata banglo yang terletak di Ampang, Selangor itu sememangnya milik Rebecca bersama bekas suaminya namun mendakwa sudah dua tahun tidak dapat membayar pinjaman dan dia hanya berurusan dengan mereka sebaliknya dengan pihak bank.

“Kalau tak silap saya rasanya dah dua tahun mereka tak bayar rumah tersebut sebelum bercerai lagi. 

“Saya tak buat urusan dengan mereka (Rebecca dan bekas suami) sebaliknya saya berurusan dengan pihak bank. Disebabkan bank sudah tarik dan mereka tak bayar jadi pihak bank bagi senarai kenapa kami untuk urusan lelong.

“Setakat yang saya tahu memang dah lama rumah itu tak dibayar. Dulu katanya suaminya sakit dan bisnes pun macam tak okay,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top