Banjir 6 negeri semakin buruk, 52,162 mangsa setakat 4 petang

Banjir 6 negeri semakin buruk, 52,162 mangsa setakat 4 petang



khairil.ashraf@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Mangsa banjir di enam negeri terus meningkat dengan 52,162 mangsa membabitkan 15,958 keluarga, setakat jam 4 petang.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kelantan terus merekodkan angka tertinggi iaitu 42,870 mangsa membabitkan 13,024 keluarga, dengan sebanyak 190 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di 10 daerah.

Manakala di Terengganu, seramai 8,081 mangsa daripada 2,496 keluarga ditempatkan di 197 PPS di tujuh daerah.

Di Kedah, sebanyak 17 PPS dibuka yang menempatkan sekitar 873 mangsa daripada 339 keluarga.

Sementara di Perlis, empat PPS dibuka bagi menempatkan 290 orang mangsa, manakala masing-masing satu PPS dibuka di Johor (28 mangsa) dan Perak (20 mangsa).

Daripada jumlah keseluruhan mangsa banjir, seramai 17,111 (32.79 peratus) adalah lelaki dewasa, 18,206 (34.89 peratus) perempuan dewasa; 7,926 (15.19 peratus) kanak-kanak lelaki; 7,522 (14.42 peratus) kanak-kanak perempuan; 739 (1.42 peratus) bayi lelaki; dan 677 (1.3 peratus) bayi perempuan.

Seterusnya, 1,711 (3.28 peratus) lelaki warga emas; 2,020 (3.87 peratus) wanita warga emas; 955 (1.83 peratus) orang kurang upaya (OKU) lelaki dan 550 (1.05 peratus) OKU perempuan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top