am@hmetro.com.my
Kuala Terengganu: Seramai 228 mangsa banjir masih berada di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini sehingga 8 pagi ini.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Marang mencatatkan mangsa teramai iaitu 191 orang, manakala Dungun (37 orang).
Empat PPS masih dibuka di Marang iaitu di SK Simpang Rawai yang menempatkan 82 mangsa daripada 22 keluarga, manakala di Dewan Sivik Wakaf Tapai, terdapat 20 mangsa daripada enam keluarga.
Di Dewan Sivik Merchang, hanya lapan mangsa daripada dua keluarga, dan SK Pengkalan Berangan (81 mangsa daripada enam keluarga).
Manakala di Dungun, dua PPS masih dibuka iaitu di Balairaya Alor Mak Bah, menempatkan 10 mangsa daripada dua keluarga dan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah, menempatkan 27 mangsa daripada lima keluarga.
Laman web public InfoBanjir memaklumkan Sungai Chalok di Jambatan Chalok Setiu (F2) melepasi bacaan amaran 8.73 meter (m) berbanding lapan m.
Manakala, dua sungai berada di paras berjaga-jaga iaitu Sungai Terengganu di Rumah Pam Pulau Bahagia (F1) dengan bacaan 2.11 m berbanding dua m.
Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu, mencatatkan bacaan 11.98 m berbanding 10.5 m.
© New Straits Times Press (M) Bhd