Bantuan terus kepada mangsa banjir, bukan melalui wakil rakyat – Ahmad Zahid

Bantuan terus kepada mangsa banjir, bukan melalui wakil rakyat – Ahmad Zahid


Kuala Lumpur: Kerajaan akan mengekalkan kaedah pemberian terus bantuan kepada mangsa banjir menerusi agensi yang berkaitan berbanding wakil rakyat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara itu berkata bantuan telah diberikan secara sama rata oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dan agensi lain.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) turut memberi bantuan.

“Insya-Allah, dengan keberadaan mereka di tempat banjir terutama pusat pemindahan sementara (PPS) telah cukup meredakan perasaan amarah (mangsa banjir) jika melihat tidak ada wakil rakyat yang turun,” katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam Program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim pada sidang media di Parlimen menggesa kerajaan mempertimbang peruntukan segera sebanyak RM1 juta kepada Ahli Parlimen pembangkang yang kawasan mereka terjejas banjir untuk disalurkan kepada mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top