Banyak jet pejuang F-35 Israel musnah dalam operasi ‘True Promise II’ – IRGC

Banyak jet pejuang F-35 Israel musnah dalam operasi ‘True Promise II’ – IRGC


TEHRAN – Serangan balas peluru berpandu yang dilakukan Iran ke atas kemudahan ketenteraan Israel baru-baru ini menyebabkan banyak jet pejuang, F-35 milik penceroboh itu musnah, kata Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC)

Brigadier Jeneral, Ebrahim Jabbari berkata, 90 peratus peluru berpandu yang dilancarkan Iran dalam operasi ‘True Promise II’  mengenai sasaran.

Tambah beliau, semasa serangan dilakukan IRGC melaksanakan ‘operasi pepeangan siber dan elektronik’ secara serentak terhadap sistem pertahanan Israel yang membolehkan peluru berpandunya mengenai sasaran.

Beliau berkata, peluru berpandu balistik Iran mengenai sasaran pengkalan tentera dan hangar jet pejuang F-35 yang memusnahkan dalam jumlah besar pesawat tersebut.

Rejim zionis dan Amerika Syarikat (AS) terkejut dengan kemusnahan tersebut walaupun kedua-dua pihak mempunyai peralatan canggih untuk menangkis serangan Iran, katanya.

Pada 1 Oktober lalu, Iran bertindak balas terhadap pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh; Setiausaha Hizbullah, Jeneral Syed Hassan Nasrallah dan Jeneral IRGC, Abbas Nilforoushan yang dilakukan Israel dengan melancarkan sehingga 200 peluru berpandu ke atas pangkalan tentera dan perisikan rejim Zionis di wilayah yang dicerobohinya.

Ketika rejim itu mengancam untuk bertindak balas, para pegawai Iran memberi amaran bahawa Tehran akan melakukan tindakan yang lebih keras. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top