“Banyak Lelaki Tak Jujur, Baru Jumpa Dah Pegang Tangan”

“Banyak Lelaki Tak Jujur, Baru Jumpa Dah Pegang Tangan”


Pelakon Noralbaniah berkata meskipun dia terbuka untuk menerima jodoh baru selepas 29 tahun bergelar ibu tunggal namun dia belum bertemu calon yang tepat.

Memetik Harian Metro, pelakon berusia 55 tahun itu berkata dia ada berkenalan dengan lelaki namun belum berjumpa lagi dengan individu yang baik serta jujur.

“Tipulah tak pernah jumpa (kenal-kenal). Tak jumpa lagi orang yang baik. Saya banyak jumpa lelaki tak jujur. Misalnya baru jumpa sudah pegang tangan, jangan ambil kesempatan.

“Saya okay saja tapi kena orang yang baik dan jujur. Sebab saya ini bukan bercerai, suami saya sudah meninggal lama. Kalau nak kahwin (dengan saya), jujurlah jaga saya. Saya takut orang tak boleh jaga saya, itu saja,” katanya.

Sementara itu, Noralbaniah mengakui ada perasaan untuk mendirikan berumah tangga dan ada rakan-rakan arwah suami cuba untuk mendekati.

“Saya cuma rasa hidup berumah tangga selama dua tahun. Sebelumnya ada juga kawan-kawan suami yang cuba dekat. Yang jujur ada dan tidak ketinggalan kurang jujur pun ada juga.

“Tapi itulah, tak ada pula kawan-kawan artis nak pikat. Mungkin ada yang cuba ‘tackle’ tapi saya ini yang tak reti bahasa,” katanya.

Dalam pada itu, Noralbaniah mengakui kehidupan sebagai ibu tunggal selama hampir tiga dekad bukan mudah namun bersyukur keluarga banyak membantu.

Noralbaniah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta iaitu Sudarman Daud pada 1994 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Syarra. Bagaimanapun, Sudarman meninggal dunia pada 1996 akibat nahas jalan raya.

Sumber: Harian Metro






Source link

OR

Scroll to Top