Bapa halusinasi tikam leher anak, adik

Bapa halusinasi tikam leher anak, adik


am@hmetro.com.my

Kampar: Halusinasi dipercayai menjadi punca kejadian seorang lelaki bertindak menikam leher anak serta adiknya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Taman Intan 2, Taman Bandar Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.35 malam itu, anak berusia 22 tahun serta adik suspek berusia 56 tahun dilaporkan parah akibat terkena tikaman di leher menggunakan pisau.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, kejadian berlaku di ruang tamu rumah kediaman jenis dua tingkat yang dihuni suspek bersama mangsa.

“Suspek dipercayai mengalami halusinasi. Dia ada menjalani rawatan psikiatri di Hospital Fatimah, Ipoh.

“Suspek kini dirujuk ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) Tanjung Rambutan. Suspek turut mengalami kecederaan iaitu luka di tapak tangan kiri,” katanya kepada media, malam ini.

Menurutnya, suspek berusia 58 tahun itu menikam leher anak lelakinya pada bahagian kiri, manakala adik kandungnya turut ditikam di bahagian yang sama.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa kini dalam keadaan kritikal di wad kecemasan Hospital Kampar sebelum dirujuk ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh untuk rawatan susulan.

Katanya, polis turut merampas pisau dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top