“Bapa Kandung Tak Malu Ke?”- Ika Nabila Kagum Idea Hantaran Syed Saddiq Untuk Masa Depan Ayden & Ara

“Bapa Kandung Tak Malu Ke?”- Ika Nabila Kagum Idea Hantaran Syed Saddiq Untuk Masa Depan Ayden & Ara


Pelakon, Ika Nabila meluahkan rasa kagum terhadap idea yang dikongsikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung kepentingan merancang masa depan anak-anak.

Menurut Ika, perkongsian tersebut membuka mata ramai, khususnya dalam aspek tanggungjawab ibu bapa terhadap kebajikan anak-anak, termasuk dari segi kewangan.

“Saya kagum dengan pemikiran masa depan hantaran beliau mengenai masa depan anak-anak. Buat saya fikir apa perasan bapa kandung tak malu ke?,” katanya.

Tambahnya, isu perancangan masa depan anak bukan hanya melibatkan pasangan yang telah berpisah, malah turut berlaku dalam kalangan ibu bapa yang masih bersama.

“Ini bukan setakat ibu bapa yang berpisah je, yang tengah wangi pun ada yang masih cuai bila merancang masa depan anak, ambil mudah,”luahnya.

Mengulas lanjut, Ika menekankan kepentingan menabung walaupun berdepan kekangan kewangan, ini kerana kegagalan merancang boleh memberi kesan besar kepada masa depan anak-anak apatah lagi pada hari ini ramai anak-anak terpaksa melupakan hasrat untuk  melanjutkan pelajaran bukan kerana kurang berkemampuan, tetapi disebabkan ketiadaan simpanan atau aset daripada ibu bapa.

“Duit mungkin cukup-cukup makan tapi bila kita sedar yang kita hidup sekadar cukup untuk mengharungi bulan, masa itulah kita patut mula menabung.

“Kerana realitinya ramai anak-anak yang akhirnya tidak dapat melanjutkan pelajaran bukan kerana mereka kurang berkemampuan… tetapi semata-mata kerana ibu bapa mereka tidak mempunyai sebarang simpanan atau aset yang dikhaskan untuk mereka.

“Sudah la harta tak ada, tabungan pun tak ada. Kalau ada tanah boleh juga jual tanah macam zaman kita dulu kan?,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top