Bapa tiri dituduh ambil bahan terlarang, Puteri Balqis cabar beri bukti kukuh

Bapa tiri dituduh ambil bahan terlarang, Puteri Balqis cabar beri bukti kukuh


Pelakon berbakat, Puteri Balqis tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, susulan dakwaan tidak berasas mengaitkan lelaki itu dengan pengambilan dadah susulan gambar yang tular di media sosial.

Dituduh ambil bahan terlarang

puteri balqis Dituduh ambil bahan terlarang

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Puteri Balqis berkata, tuduhan tersebut mengulangi pengalaman pahit yang pernah dialami ibunya apabila mereka dijadikan sasaran fitnah tanpa sebarang bukti kukuh.

“Sebelum Farris dijadikan kambing hitam sama seperti apa yg mak aku tanggung bertahun-tahun
aku clearkan kat sini.
“Ayah tiri aku, Farris hari-hari bekerja, kalau mak aku sakit di rumah atau masuk wad dia akan jaga sepenuhnya.
“Kalau artis dan krew ajak dia hisap dadah, dia akan senyum, dia tolak, dan terus tinggalkan sama macam apa yang mak aku buat dulu,” tulis Balqis.

Pelakon filem Makrifat Cinta itu juga turut mencabar pihak yang menuduh agar mengemukakan bukti kukuh sebelum membuat sebarang dakwaan terhadap keluarganya.

Malah dia mempersoalkan sikap segelintir individu yang membuat kesimpulan tidak berasas, seolah-olah keluarga mereka tidak layak menerima keadilan sama seperti orang lain.

“Kalau ada bukti, tampilkan. Jangan sekadar ‘tengok pun tahu’. Itu bukan bukti,” tegasnya.

Artikel lain: Puteri Balqis balas kenyataan Daler Yusuf – “Jangan guna agama untuk tunjuk baik”

Terdahulu, pelakon itu membalas kenyataan aktor, Daler Yusof setelah menegur bapa tiri serta tunangnya untuk tidak mencampuri isu yang sedang hangat menjadi perdebatan di media sosial.

Sehubungan itu, Aqish mempertahankan ayah tirinya dan menegaskan bahawa dia juga mempunyai hak untuk bersuara supaya keluarganya tidak terus ditindas.

Sumber: Instagram morosechild





Source link

OR

Scroll to Top