Bapa Tiri Shila Amzah Titip Ucapan Penuh Kasih Buat Isteri – “Thank You Sayang Sentiasa Menemani Dalam Setiap Usaha”

Bapa Tiri Shila Amzah Titip Ucapan Penuh Kasih Buat Isteri – “Thank You Sayang Sentiasa Menemani Dalam Setiap Usaha”


Bapa tiri kepada penyanyi popular,  Shila Amzah sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila menitipkan ucapan penghargaan dan kasih buat isterinya menerusi hantaran di media sosial.

Dalam perkongsian tersebut, Brigedier Jeneral Zainal Abidin Mohammad Salleh atau digelar Babahini menzahirkan rasa bangga terhadap semangat dan sokongan yang diberikan isterinya.

“Usia bukan halangan untuk terus bersemangat dan berjaya.

“Terima kasih sayang sentiasa menemani dalam setiap usaha,” katanya.

Ucapan ringkas namun sarat makna itu mencetuskan reaksi positif dalam kalangan netizen yang memuji hubungan harmoni pasangan berkenaan.

Hantaran tersebut turut dihujani komen warganet yang mendoakan agar mereka terus dikurniakan kebahagiaan dan kekal berbahagia hingga ke akhir hayat.

Malah, menerusi hantaran berlainan pula, Shila Amzah dilihat berseloroh mengenai posting yang dibuat bapa tirinya itu.

“Susah lah nak keep up dengan post/gambar babah macam mana ni @ubaihani,” soalnya

ARTIKEL BERKAITAN:Aura Positif Bapa Tiri Buat Shila Amzah Yakin, Syukur Ibu Akhirnya Jumpa Kebahagiaan

ARTIKEL BERKAITAN:“Family Day” – Shila Amzah Muat Naik Foto Mesra Bersama Bakal Suami Ibu?

ARTIKEL BERKAITAN:Fauziah Sarman Kembali Bergelar Isteri, Shila Amzah Mohon Doa Buat Keluarga

ARTIKEL BERKAITAN:Fauziah Sarman Bakal Nikah? Hantaran Shila Amzah Jadi Tumpuan – “Fokus Untuk Hari Bahagia Okay”



Source link

OR

Scroll to Top