Barcelona tunda perlawanan, doktor perubatan pasukan meninggal dunia

Barcelona tunda perlawanan, doktor perubatan pasukan meninggal dunia


Perlawanan La Liga Barcelona, Osasuna di Estadi Olímpic Lluís Companys ditunda.

SUASANA pilu menyelubungi Estadi Olimpic Lluis Companys apabila perlawanan La Liga antara Barcelona dan Osasuna yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu malam terpaksa ditunda.

Tragedi ini berlaku susulan kematian mengejut doktor pasukan utama Barcelona, Carles Minarro Garcia.

Pengumuman pembatalan perlawanan dibuat sejurus sebelum sepak mula yang dijadualkan pada jam 9 malam waktu tempatan.

“FC Barcelona dengan rasa dukacita yang mendalam mengumumkan pemergian doktor pasukan utama, Carles Minarro Garcia, pada malam ini.

“Oleh itu, perlawanan antara FC Barcelona dan CA Osasuna ditunda ke tarikh yang akan diumumkan kelak.

“Lembaga pengarah FC Barcelona dan seluruh kakitangan kelab menyampaikan ucapan takziah yang tulus ikhlas kepada keluarga dan rakan-rakan beliau dalam waktu yang sukar ini,” kata kelab dalam kenyataan rasmi.

Pemergian Minarro Garcia disifatkan seluruh komuniti Barcelona sebagai satu kehilangan individu yang berdedikasi.



Source link

OR

Scroll to Top