Bas ekspres rempuh tembok pembahagi jalan, 4 cedera

Bas ekspres rempuh tembok pembahagi jalan, 4 cedera


am@hmetro.com.my

Johor Bahru: Seorang pemandu dan tiga penumpang cedera selepas bas ekspres dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 11.5 Lebuhraya Utara Selatan di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 9.50 malam.

“Siasatan awal mendapati bas jenis Scania itu dipandu seorang lelaki warga tempatan berusia 39 tahun bersama-sama seorang pemandu kedua juga berumur 39 tahun serta lima penumpang.

“Mereka dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru. Setibanya di lokasi, bas berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar tembok batu pembahagi jalan,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, akibat pelanggaran itu, bas mengalami kerosakan teruk khususnya hampir keseluruhan bahagian hadapannya.

Katanya, pemandu kedua mengalami kecederaan terseliuh di bahagian leher, manakala tiga penumpang cedera ringan.

“Semua yang cedera mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

“Manakala, pemandu utama dan dua lagi penumpang disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya.

Azrol Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top