Batal atau tidak solat orang terkena renjatan elektrik?

Batal atau tidak solat orang terkena renjatan elektrik?





– Advertisement –

Soalan:

Di antara perkara yang menjadikan wuduk kita batal ialah hilang ingatan sebab tidur atau pengsan. Soalan saya, batal atau tidak wuduk orang yang terkena renjatan elektrik?

– Advertisement –

Jawapan:

Sekalian sebab yang menjadikan seorang itu hilang akal sekalipun sekejap seperti terlelap dan tidur dan pitam dan pengsan sekalipun hilang akal sekejap sebab terkena renjatan elektrik adalah membatalkan wuduk, maka apabila wuduk telah batal nescaya batal pula solatnya jika berlaku di dalam solat.

Tersebut pada kitab Riyadhul Badi’ah:

وينتقض مصعوق ومذعور ومسحور لزوال تمييزهم

Ertinya: “Dan batal wuduk orang yang terkena kilat dan terkejut ketakutan dan yang kena sihir kerana hilang pembezaan akal dari mereka.”

Maka solat orang yang terkena renjatan elektrik itu kalau hilang akalnya walau sekejap nescaya batal solatnya kerana telah batal wuduknya.

Wallahua’lam. – HARAKAHDAILY 21/2/2025  





Source link

OR

Scroll to Top