Bawa isu pemain warisan ke CAS bukan langkah terbaik

Bawa isu pemain warisan ke CAS bukan langkah terbaik

Bawa isu pemain warisan ke CAS bukan langkah terbaik


TIADA siapa dalam ekosistem bola sepak negara mahu skandal pemain warisan ini berlarutan.

Desakan agar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhenti daripada meneruskan langkah merayu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) semakin kuat kedengaran susulan kebimbangan bahawa risiko reputasi negara jauh melebihi potensi pulangan yang memihak kepada Malaysia.

Jika FAM kalah di peringkat CAS, nama Malaysia akan berada semula dalam radar global isu integriti.

Rakyat juga tidak mahu negara sekali lagi menjadi bahan kritikan antarabangsa dalam isu sama, lebih-lebih lagi ketika keyakinan awam terhadap proses penilaian pemain warisan sendiri masih longgar.

Rata-rata peminat bola tempatan masih tidak yakin semua pemain terbabit benar-benar memenuhi kehendak pemain warisan dalam konteks Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA)

Soalan mudah: jika rakyat Malaysia pun tidak diyakinkan sepenuhnya, bagaimana FAM mahu membawa hujahan yang mampu meyakinkan panel CAS?

Peraturan FIFA sebenarnya tidak rumit kerana asasnya jelas. Hujah bahawa isu ini hanya berkaitan dengan kewarganegaraan sah atau bahawa senarai pemain telah diluluskan FIFA tanpa sebarang pertikaian bukanlah tumpuan utama di peringkat antarabangsa.

Dalam sistem FIFA, dokumen diterima atas asas kepercayaan bahawa sesebuah persatuan bertindak dengan integriti.

Namun, apabila timbul keraguan, siasatan mendalam menjadi proses standard dan itulah yang sedang berlaku ke atas kes Malaysia.

Lebih mencalar imej, ada segelintir penyokong bola tempatan menuduh negara jiran termasuk Indonesia dan Vietnam kononnya menjadi punca aduan.

Padahal, sesiapa pun berhak melaporkan keraguan terhadap proses pendaftaran pemain kerana ia dibenarkan dalam kerangka pengurusan sukan antarabangsa.

Realitinya, langkah FAM ke CAS melibatkan kos besar. Jumlah jutaan ringgit bakal diperlukan untuk khidmat guaman luar negara.

Namun apakah nilai pulangannya jika bukti teknikal pemain warisan masih belum kukuh?

Ketika ini tiada bukti konkrit yang mampu mengukuhkan status pemain terbabit selain rekod kelahiran baharu, dan itu sendiri kini mencetuskan impak besar kepada imej Jabatan Pendaftaran Negara dan secara tidak langsung imej kerajaan Malaysia.

FAM perlu memahami bahawa setiap langkah baharu bukan sahaja memberi kesan terhadap badan bola itu sendiri, tetapi turut mempengaruhi persepsi global terhadap sistem tadbir urus sukan negara.

Jika asas bukti tidak kukuh, merayu bukan membuka jalan penyelesaian, tetapi membuka jalan lebih luas untuk kerosakan persepsi.

Soalan utama hari ini bukan lagi tentang “apa peluang menang di CAS?”

Soalan yang lebih kritikal adalah apa sebenarnya FAM akan dapat jika mereka kalah di CAS?

Kerugian kewangan boleh ditampung tetapi kerugian reputasi sukar dipulihkan.

Ringkasan AI

  • Desakan agar FAM berhenti merayu ke CAS semakin kuat kerana risiko reputasi negara
  • Rakyat tidak mahu Malaysia menjadi bahan kritikan antarabangsa dalam isu integriti pemain warisan
  • Peminat tempatan ragu pemain memenuhi kehendak pemain warisan FIFA
  • Langkah FAM ke CAS melibatkan kos besar dan boleh mencalar imej negara



Source link

OR

Scroll to Top